HOME
Home » Bisnes » 19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

Posted at | Categorised in Bisnes

Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

1.  Meroyan macam nenek kebayan berjela-jela dan berleter mengalahkan mak jemah masa rewang.

2. Menulis tentang salah silap orang lain atau pihak-pihak tertentu (finger pointing).

3. Menulis cerita berbentuk perli atau sindiran (troll)

4. Menulis dengan niat mempermainkan sesuatu isu semasa (parody). Ini namanya bisnes tak cukup huru hara maka banyak benar masa nak berparodi.

5. Perasan diri bagus dari orang lain. Malu lah sikit.

19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

6. Post syok sendiri (menulis post krik krik, tiada atau kurang yang membaca post anda). Padan muka.

7. Tiada engagement atau interaksi dengan audiens. Ringankanlah jari tu balas/reply komen orang kat wall awak tu.

8. Menulis dengan diikuti dot dot dot (…..). Sesekali tulis … tidak mengapa. Yang jadi masalah, jika dalam satu perenggan ada sampai 20-30 dot dot dot.

9. Nada ayat monotonous /sekata. Sulamkan dengan penulisan serious, kekadang kelakar, kekadang berbentuk nasihat, kekadang fun gila-gila.

10. Ayat terlalu meleret. Ringkaskan seringkas yang boleh. Belajar tulis ayat pendek. Rajin letak noktah.

11. Terlalu hendak mengajar-ngajar atau terlalu hendak memperbetulkan orang lain. Perghh sesekali okay bro. Kalau selalu sangat, orang meluat.

12. Penggunaan kata seru yang berlebihan (!!!!) Kata seru ini ibarat menjerit kat tepi telinga orang. Guna sesekali sahaja.

13. Menulis dengan ejaan singkatan atau bahasa sms. Contoh: seperti tk, x, yg, bgn.

14. Pengunaan bahasa rojak yang ketara – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Rojak sikit-sikit takpe. Huhu.

15. Menggunakan semua HURUF BESAR. Jangan biarkan pembaca silau mata dengan HURUF BESAR.

16. Tidak menggunakan bahasa tak senonoh seperti wtf, wth, si@l, set@n, pel@cur atau yang seangkatan dengannya. Beradablah sikit.

17. Elakkan juga menggunakan bahasa yang kasar seperti bahlul, bengap kerana ia akan membuat pembaca terasa bodoh. Lagipun, dalam agama kita tidak diajar untuk sumpah seranah orang. Perkataan ko atau engkau atau aku juga bunyinya KASAR.

18. Kurangkan penggunaan jargon (ayat teknikal) dan ayat bombastik. Kita ni di media sosial dik, bukannya kat kilang elektronik buat robot.

19. Jarang menulis. Setiap orang bisnes WAJIB menulis setiap hari. Mengemaskini status FB/INSTA adalah termasuk di dalam rutin menulis. Owh fokus asah skil menulis untuk tujuan BISNES sendiri promote bisnes sendiri (atau dakwah atau perkara yang membawa manfaat)​​​​​​​

20. Tidak memperjuangkan sesuatu yang tiada nilai untuk saham akhirat atau membuang masa, tidak memberi faedah kepada masyarakat. Contoh: menyogok pembaca dengan hobi buang duit seperti menyimpan koleksi Barbie Doll atau menghisap xxxx atau mempopularkan sesuatu yang melanggar hukum alam. Contoh, budaya LGBT, anti-hudud, sekular atau segala isme-isme yang bercanggah dengan agama Islam.

Baca: Perniagaan Kecil Tanpa Premis Untung Besar Setiap Bulan!

#Disclaimer:
Ini mazhab perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar Cikgu Petir.
Kalau tak suka, bye bye, sayonara.

No comment for 19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to 19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Posted at

Hari ini, sudah masuk fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan! Di dalam fasa 2 ini, ianya sedikit diperketatkan. Kebanyakkan kedai kini, hanya... Read More

Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

Posted at

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi Setiap hari, beribu-ribu penerbit mendapat manfaat daripada aliran masuk tunai berulang dengan berkepentingan... Read More

Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

Posted at

Jika anda seperti saya, anda mula setiap hari dengan secawan kopi. 13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya Di seluruh dunia, pakar menganggarkan... Read More

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Posted at

Bagaimana cara menjual makanan ingan? Persoalan ini selalu menjadi kepada orang yang berminat menjalankan bisnes makanan ringan tetapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jika... Read More

Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan

10 Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

Ramai rakyat Malaysia mempunyai impian untuk melarikan diri dari kerja pejabat yang membosankan dan memulakan perniagaan kecil di rumah mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan isu-isu... Read More