HOME
Home » Bisnes » Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Posted at | Categorised in Bisnes

Idea peluang bisnes kecil pertama anda yang boleh dimulakan hari ini juga! Bisnes kecil pertama kita mestilah perniagaan kecil yang tidak perlukan modal yang tinggi. Tujuan membuka perniagaan pertama adalah untuk mendapat pengalaman dalam pengurusan dan selok belok berniaga.

Menceburi ke dunai perniagaan ini relatifnya anda akan bermula dengan seorang diri, bermula dari minat untuk menambahkan pendapatan secara sambilan. Anda melakukannya secara sukarela atau freelance tanpa bimbimgan atau panduan sesiapa. Andalah yang mengatur pembelian stok, penyimpanan stok hingga membuat pemasaran dan menerima pembayaran.

Orang kata kitalah taukeh, kitalah kuli.

Ada 1001 macam bisnes yang boleh anda cuba, bermula dari bisnes kecil hingga yang memerlukan modal besar. Anda bisnes yang boleh menjana pendapatan dengan cepat ada yang terpaksa menunggu lama.

Buatlah pilihan memulakan bisnes kecil yang boleh dapat duit dengan cepat yang dapat menampung perbelanjaan harian. Gunakan wang simpanan anda, jangan berhutang untuk memulakan perniagaan. Dari bisnes kecil pertama anda, buat simpanan untuk langkah seterusnya membuka bisnes kedua.

Tahukah anda perniagaan kecil yang pertama yang paling yang boleh anda ceburi dengan modal yang kecil ialah menjual perkhidmatan kepada orang-orang kaya. Yang penting anda ada ilmu tentang perkhidmatan yang ingin anda pasarkan. Modal yang diperlukan ialah kudrat tulang empat kerat dan akal fikiran.

Untuk mencambahkan idea peluang bisnes kecil pertama anda yang boleh dimulakan hari ini juga, Perniagaan Kecil senaraikan beberapa idea peluang bisnes kecil pertama untuk anda.

Jadi Pemandu Grab

Ramai yang mengambil kesempatan menjadi pemandu Grab dan yang seumpama dengannya. Perkhidmatan ini memberikan anda kebebasan masa untuk menjalankannya. Namun anda perlu mempunyai sebuah kereta yang berusia kurang dari 10 tahun.

Kami sempat menemubual beberapa orang pemandu Grab yang mengakui beroleh pendapatan yang mencukupi untuk menyara keluarga setiap bulan, cuma agak bermasalah bila tiba masa untuk servis kereta, memperbaharui insuran dan cukai jalan.

Jadi Runner

Jika dulu runner dikenali untuk memperbaharui insuran dan road tax, tetapi sekarang runner diperlukan untuk membelikan barangan keperluan dapur sehingga wujudnya Food Panda, Grab Food dan sebagainya. Untuk perkhidmatan runner ini anda hanya perlu mahir selok belok jalan di bandar dan sebuah motorsikal.

Dalam zaman orang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, perkhidmatan runner sangat diperlukan.

Perkhidmatan Gunting Rambut

Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Kini perkhidmatan gunting rambut tumbuh macam cendawan lepas hujan. Perkhidmatan gunting rambut sangat sempoi dan santai. Tidak perlu skil yang terlalu tinggi.

Jangan fikirkan untuk mempunyai sebuah kedai yang ada aircond, dinding cermin dengan bangku empuk. Buat dulu seadanya, tajamkan kemahiran anda dengan memberikan perkhidmatan hanya mengenakan bayaran yang lebih murah. Boleh saja anda memebrikan perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah.

Secara tidak langsung anda telah mempromosikan diri dan bisnes kecil anda.

Bisnes Dropship

Inginkan bisnes yang tak perlu modal? Buat bisnes dropship, tugas anda hanya buat promosi produk orang lain, jika dapat customer, anda hanya perlu buat bayaran kepada pemilik produk dengan harga borong. Kerja-kerja pembungkusan dan penghantarn produk semuanya dilakukan oleh pemilik produk.

Anda tka perlu langsung simpan stok produk, tugas anda hanya ambil order itu sahaja.

Contoh sistem dropship yang bagus ialah Shopee, jika anda ingin syarikat dalam Malaysia, anda boleh menjual tudung secara online. Kebanyakan dropshiper akan menyediakan panduan pemasaran, maklumat produk dan sebagainya.

Mengajar Secara Online

Anda ada kebolehan memasak, melukis atau membaiki alatan elektrik dan sebagainya? Anda boleh saja mengambil idea dari abang Hairul dari blog hairulvcool.com. Beliau seorang yang sangat berjaya dalam niche ini, selain dari mengadakan kursus-kursus di premis beliau, abang Hairul juga membuat video-video tutorial yang mudah untuk difahami.

Bisnes Home Tuition

Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Anda seorang yang suka mengajar, penyabar dan suka mengajar? Bisnes Home Tuition adalah pilihan terbaik untuk anda. Anda tak perlu menjadi seorang pakar dalam semua bidang. Cukup dengan anda mahir dalam beberapa subjek. Modal anda hanya sebatang pen, beberapa buku rujukan dan kertas.

Menjual Makanan Sejuk Beku

Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Sekarang orang suka yang segera, termasuk makanan yang segera, cepat dimasakn dan dimakan kerena kesibukan kerjaya. Anda harus mengambil peluang ini jika seorang yang suka memasak. Tak kira apa juga jenis makanan boleh disejukbekukan. Menjual Frozen Fook sudah menjadi trend zaman ini.

Buat duit dengan Fingo, ramai yang tak tahu, ini satu bisnes dari rumah yang mudah!

Tags :

No comment for Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Idea Peluang Bisnes Kecil Pertama Anda Yang Boleh Dimulakan Hari Ini Juga

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Posted at

Hari ini, sudah masuk fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan! Di dalam fasa 2 ini, ianya sedikit diperketatkan. Kebanyakkan kedai kini, hanya... Read More

Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

Posted at

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi Setiap hari, beribu-ribu penerbit mendapat manfaat daripada aliran masuk tunai berulang dengan berkepentingan... Read More

Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

Posted at

Jika anda seperti saya, anda mula setiap hari dengan secawan kopi. 13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya Di seluruh dunia, pakar menganggarkan... Read More

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Posted at

Bagaimana cara menjual makanan ingan? Persoalan ini selalu menjadi kepada orang yang berminat menjalankan bisnes makanan ringan tetapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jika... Read More

Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan

10 Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

Ramai rakyat Malaysia mempunyai impian untuk melarikan diri dari kerja pejabat yang membosankan dan memulakan perniagaan kecil di rumah mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan isu-isu... Read More