HOME
Home » Bisnes » Fingo HARAM? Fingo Skim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo?

Fingo HARAM? Fingo Skim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo?

Posted at | Categorised in Bisnes

Fingo HARAM? FingoSim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo? ramai yang tanya soalan ni. Dalam entry ni saya nak cerita kenapa, kenapa saya buat bisnes Fingo.

Ramai orang bertanya adakah Fingo ni scamer ke? skim cepat kaya ke? MLM ke apa ke dan macam-macam persoalan.

Fingo HARAM? Fingo Skim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo?

Fingo HARAM? Fingo Skim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo?Kredit: Wan Mohd Ali

5 Sebab kenapa saya join Fingo dan buat bisnes Fingo

Timbul banyak isu Fingo ni scamer, ada kenyataan akhbar bahawa KPDNHAP menyatakan jangan join atau jangan terlibat dengan bisnes Fingo dan macam-macam isu lagi yang berlaku di luar sana. So sekarang bagi saya semua perkara yang orang katakan di luar sana, saya perlu buat kajian sendiri bagi menjawab segala persoalan isu.

Fingo HARAM?

Saya seorang sifu yang mengajar tentang bisnes online dan cara buat duit secara online, bila saya join Fingo akan menyebabkan jatuhnya reputasi saya jika Fingo ini adalah program Piramid dan sebagainya dan nama baik saya habis hancur.

1 Saya nak explore – bila saya tahu ada sebuah apps e-commerce yang boleh buat duit yang boleh buat bisnes dengan hanya menggunakan telefon, jadi saya nak explore. Sebagai seorang yang banyak sharing dengan orang ramai tentang cara buat duit dan sebagainya, saya perlu tahu Fingo ni apa?

buat duit fingo

Fingo Skim Cepat Kaya?

Once saya dapat link saja, orang bagi saya link saya terus register, terus saya tengok dan saya terus bayar. Bayaran itu adalah membuat pembelian produk, so saya tak teragak-agak, kenapa? kerana memang saya nak beli barang tu.

Cuma kali ni saya beli produk yang saya nak guna, dalam masa yang sama saya dapat previlage untuk menjadi partner atau menjadi salah seorang,orang yang boleh menjalankan bisnes dengan Fingo.

 

Ok, nak buat binses dengan Fingo kena beli produk dahulu dan produk yang terpilih. Ada senarai produk yang diberikan, harga dia RM199 dan ke atas. Maknanya kita buat belian RM199 dan ke atas kita boleh dinaiktarafkan kepada yang dipanggil Preferred Shopper.

Dengan status Preferred Shopper ini kita boleh mula invite orang untuk menyertai Fingo. So invite orang tu tak semestinya invite untuk diaorang jadi ahli berbayar, atau diaorang ada yuran keahlian ke, tak ada. Just invite diaorang masuk sahaja.

Adakah Fingo MLM?

Anda pun faham Fingo adalah e-commerce macam Lazada macam Shopee, so kita invite orang dalam Fingo adalah bertujuan untuk suruh dia membeli.

Kenapa dita nak suruh dia membeli? Sebab platform tu adalah e-commerce, platform menjual barang. Sebab itulah kita nak dia beli barang dan kita boleh dapat komisen.

Kalau anda sendiri buat produk anda buat website , buat e-commerce, anda jual satu-satu produk, anda invite orang datang masuk website anda, kedai anda, bukan anda suruh diaorang masuk saja. Mestilah anda nak suruh orang membeli sesuatu. Sebab kitakan tengah buat bisnes?

Jadi anda kena fahamlah maksudnya kita nak orang membeli dalam e-comerce tersebut.

So tak perlu diaorang upgrade pun, just register percuma saja, so diaorang beli apa-apa saja produk yang diaorang suka dalam e-commerce tu, seperti peralatan elektrik ke, produk kecantikkan ke, pakaian baby ke tak kisah, so orang yang invite akan dapat komisen, so saya nak explore benda ni.

Kenapa Buat Bisnes Fingo?

Orang dok cakap macam-macam, tapi adakah dia masuk, adakah dia join adakah dia study, so kalu tak study dan tak jadi Preffered Shopper macam mana dia kata benda tu salah?

Kita mesti tengok secara detail, so saya nak explore, tu yang pertama!

Kenapa Saya Buat Bisnes Fingo?

Saya nak exlpore, so saya terus join, saya terus buat pembelian dan saya tengok macam mana Fingo punya sistem. Adakah Fingo mempunyai sistem piramit? Adakah Fingo ada sistem skim cepat kaya? Adakah Fingo salah di sisi undang-undang dan sebaginya.

Jadi saya ada kawan yang merupakan seorang pengarah KPDNHAP yang bahagian negeri, saya contact, saya message dan tanya macam mana status Fingo. Jawapannya “masih dalam pemantauan”. Bila sebut dalam pemantauan, beliau tak kata Fingo salah atau betul, tapi dalam pemantauan.

Jika salah akan keluar dalam senarai Bank Negara  dan Bank Negara akan blok, kena tutup akaun dan sebagainya. Ini jawapan pengarah KPDNHAP peringkat negeri tadi.

Nasihat saya kepada orang luar sana, jika anda nak tahu lebih lanjut, tanya pihak KPDNHAP, tanya MITI sebab dalam satu kenyataan akhbar yang ramai orang sebar bahawa satu kenyataan oleh menteri, menyatakan jangan melibatkan diri dalam Fingo.

Itu kenyataan pada bulan Ogos 2019. Ada kenyataan baru yang keluar pada bulan September 2019 yang menyatakan Fingo itu legal. Cuma ada sedikit salah faham pada peringkat awal sebab Fingo didaftarka sebagai sebuah syarikat MLM.

Sebenarnya Fingo bukan MLM, Fingo hanya sebuah sistem e-commerce yang mempunyai affiliate program. Cuma affiliate program Fingo ada beberapa tingkat.

Tingkat yang paling tinggi Affiliate Trainer, Affiliate Marketer dan Affiliate Preffered Shopper. Cuma ada dua level sahaja, tidak lebih dari itu Bukan seperti MLM yang mempunyai berbilang peringkat.

Saya Ingin Belajar

Saya mempunyai e-commerce sendiri, bila ada satu sistem yang dibuat khas untuk apps, maksudnya kita boleh membeli dengan menggunakan apps, dan diberi peluang kepada orang ramai buat affiliate dan dia berkembang sangat pantas, jadi saya nak tahulah macam maan Fingo buat?

Saya nak tahu macam mana Figo buat, apa sistem yang digunakan? apa produk yang dijual? Bagaimana dengan harganya? Apa promosi yang dibuat setiap hari, macam mana Fingo bayar komisen kepada agen?

Ramai orang kita just dengar cakap-cakap orang dan terus kecam!

Sebab tu saya nak pesan, anda boleh belajar banyak perkara dalam Fingo, jika anda tak berjaya (sebagai affiliate) anda boleh tengok macam mana sistem Fingo dibuat.

Bagi saya Fingo sangat-sangat POWER!

Sangat simple, hanya bagi link, lepas tu orang register, selepas orang tu regisnte kita boleh contact mereka melalui Whatsapp, lepas Whatsapp boleh bertanya, permission marketing, mintak pendapat dan jika mereka berminat kita boleh berikan info lebih lanjut.

Jika mereka upgrade, kita dapat komisen dan mereka dapat peluang buat duit yang baru, mereka dapat juga produk, seterusnya mereka boleh lakukan perkaranya sama.

Ini sangat mudah dengan menggunakan telefon sahaja, tak perlu nak buka laptop, setakat ini bila buka laptop memang tak ada fungsi seperti dalam handphone. Fingo memang fokus kepada orang yang mempunyai mobile phone apps sama Android atau pun IOS.

Bagi saya Fingo sangat POWER!

Memang satu ilmu baru bagi saya, bila saya join Fingo.

Peluang Buat Duit Yang Sangat Besar

Bila saya explore Fingo, saya nampak peluang sangat besar, saya tak mungkin boleh bina sebuah platform e-commerce yang sebagus Fingo dan sehebat Fingo dia punya perkembangan.

Dan Fingo beri peluang unmtuk saya bersama untuk buat bisnes, maka saya pun tengok Fingo ni sangat bagus, so saya berkongsi dengan orang ramai.

Baca juga: Buat Duit Dengan Fingo, Haruskah Anda Melepaskan peluang Ini?

Terjah Fingo di sini, baru la tahu macam mana, betul tak?

Kerana apa? Kerana Fingo adalah sebuah e-commerce, anda pun tahu e-commerce grow like crazy, Fingo punya perkembangan memang gila-gila, sampai tahap dia boleh buat billion punya jualan dalam masa sehari.

Ini kuasa e-commerce yang anda harus ambil peluang!

Kita tak mampu untuk membuat e-commerce sendiri keran kita tidak ada supplyer sebagaimana yang Fingo ada.

Tak dinafikan Fingo berasal dari China, tetapi sekarang produk dari malaysia pun dah mula masuk. Fingo punya supplyer sangat power dan sangat besar dan menghasilkan produk yang sangat banyak sebab itu Fingo boleh tawarkan dengan harga yang sangat murah.

Nak bersaing dengan Fingo memang kita tak mampu, kenapa tidak kita bekerjasama dengan Fingo? Kenapa tidak kita ambil peluang?

Once saya nampak Fingo ni berkembang pesat, dalam tempoh 3 hingga 5 tahun atau 10 tahun akan datang Fingo pungo punya growth mesti sangat tinggi.

Jadi sekaranglah masa untuk grab peluang tersebut! Walaupun bukan secara full time, saya tak buat secara full time, saya buat secara sampingan, secara geli geli orang kata. Saya ada banyak bisnes lain lagi, tetapi dengan Fingo sekadar ambil peluang supaya tidak ketinggalan.

Tambahan pula tidak ada risiko besar pun sebab saya hanya beli produk berharga RM199 dan ke atas, saya dapat produk tersebut, selepas itu saya invite orang, tu sahaja.

Saya tak ada melabur duit lagi, tak ada, kalau nak, beli barang jer.. baru-baru ni saya beli selimut, krim rambut, benda-benda macam tulah, tak ada apa-apa pelaburan yang dilakukan, KECUALI ada leader-leader yang salah ajar dia punya team, ajar supaya laburkan duit untuk beli barang untuk anak-anak buah supaya dia boleh naik pangkat.

Itulah antara penyebab benda yang bagus menjadi tak bagus kerana ada leader yang salah guna dan salah strategi marketing. Dan ada yang guna invite orang masuk dalam group ramai-ramai lepas tu spam, buat iklan tak henti-henti. Itu semua adalah strategi marketing hard sell dan sangat tidak beretika.

So benda ni kita perlu perbetulkan, bukan sistem tu salah tapi cara merketing yang digunakan tu salah.

Sebab yang ke empat

Potensi

Kenapa saya buat Fingo ialah kerana Potensi

Yang pertama potensi perkembangan e-commerce, kalaulah saya diberi peluang untuk join Shopee, untuk join Lazada pada tahun 2012 atau pada tahun awal-awal mereka diwujudkan dengan bayaran RM199 dan saya boleh invite orang seperti Fingo, saya akan join dari awal lagi, walaupun waktu tu kalau anda perasan, ramai orang kutuk Lazada sebab barang lambat sampai, mintak refund tak dapat dan macam-macam lagi.

Sampai orang kata Lazada adalah sebuah scammer kerana banyak kes barang tak sampai dan macam-macam lagi.

Sebenarnya perkara itu berlaku kerana permintaan yang sangat tinggi, order masuk banyak jadi Lazada tak sempat nak handle sedangkan Lazada masih lagi company yang kecik waktu itu. So ini perkara yang sama berlaku dalam Fingo, jadi kita tengok isshhh ini satu potensi yang sangat besar!

So bola dah saya dapat peluang untuk join dan untuk invite seramai mungkin, anda bayangkan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang, bayangkan orang yang menggunakan Fingo, contoh 50,000 hingga 100,000 orang yang menggunakan Fingo adalah daripada invitation anda?

Bukan yang upgrade ya, yang guna untuk membeli setiap hari, anda bayangkan berapa komisen yang anda dapat?

Tags :

No comment for Fingo HARAM? Fingo Skim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Fingo HARAM? Fingo Skim Cepat Kaya? Adakah Fingo MLM? Kenapa Buat Bisnes Fingo?

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Posted at

Hari ini, sudah masuk fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan! Di dalam fasa 2 ini, ianya sedikit diperketatkan. Kebanyakkan kedai kini, hanya... Read More

Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

Posted at

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi Setiap hari, beribu-ribu penerbit mendapat manfaat daripada aliran masuk tunai berulang dengan berkepentingan... Read More

Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

Posted at

Jika anda seperti saya, anda mula setiap hari dengan secawan kopi. 13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya Di seluruh dunia, pakar menganggarkan... Read More

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Posted at

Bagaimana cara menjual makanan ingan? Persoalan ini selalu menjadi kepada orang yang berminat menjalankan bisnes makanan ringan tetapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jika... Read More

Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan

10 Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

Ramai rakyat Malaysia mempunyai impian untuk melarikan diri dari kerja pejabat yang membosankan dan memulakan perniagaan kecil di rumah mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan isu-isu... Read More