HOME
Home » Bisnes » Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

Posted at | Categorised in Bisnes

Bisnes makanan ringan dari rumah yang menguntungkan – Apakah bisnes kecil yang boleh untung cepat dan hanya dengan modal kecil sahaja dah memadai?

Tetapi ramai je yang berfikir, untuk mulakan perniagaan kecil pun perlukan kedai atau premis yang canggeh dan modal yang besar untuk memenuhkan kedai dengan segala kelengkapan. Betul tak? Tak salah jika anda berfikiran demikian.

Bisnes makanan ringan adalah antara perniagaan yang paling mudah dan tak memerlukan modal besar seperti yang anda sangka. Malahan bisnes makanan ringan ini boleh dimulakan dari rumah dan menggunakan peralatan dapur dan bahan-bahan yang biasa kita masak hari-hari.

Kunci kepada kejayaan perniagaan makanan ringan ini ialah SEDAP! Jika anda boleh mengekalkan kesedapan masakan anda, pasti bisnes anda tidak akan tutup selama-lamanya. ini kerana permintaan terhadap makanan ringan sangat tinggi dan konsistan.

Mulakan bisnes makanan ringan anda dari rumah yang pastinya menguntungkan. Namun anda tidak seharusnya ‘kaku’ namun sebaliknya mulakan langkah untuk menjaja di pasar malam dan di sekitar taman perumahan anda. Kemudian kembangkan jajahan pasaran anda ke restoran, katering dan lain-lain tempat yang anda fikirkan sesuai.

Ingat formula yang saya beri tadi? Masakan anda mestilah SEDAP walaupun anda hanya menjual jemput-jemput pisang.

Ramai yang melakukan perniagaan makanan ringan ini sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh, hasilnya segala yang dijual tidak laku dan dibuang begitu sahaja dan anda merungut, orang tidak support perniagaan anda!

Modal bukanlah perkara utama untuk memulakan bisnes makanan ringan anda. Tetapi ilmu menyediakan makanan ringan yang sedap dan lazat itu yang lebih penting. Jadi jangan KEDEKUT untuk mengeluarkan modal mencari ilmu memasak masakan yang sedap-sedap.

Percayalah jika masakan anda sedap, walaupun anda berniaga di bawah pokok pisang, pasti ramai yang akan menyerbu gerai anda. Serius!

Jangan takut mencuba, mulakan dengan makanan ringan yang simple tapi SEDAP, anda pasti seronok menerima wang mengalir masuk ke poket anda setiap hari.

Ramai di luar sana yang membuka gerai-gerai di tepi jalan menjual nasi lemak dan sebagainya tidak bersungguh-sungguh menekankan kepada kesedapan makanan yang mereka masak, akibatnya tidak ada orang yang membeli datang buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Sebab apa? sebab masakan yang TAK SEDAP! noktah.

Saya tertarik dengan seorang pakcik yang menjual karipap gergasi di Hospital Daerah Teluk Intan apabila pada suatu hari saya ke sana untuk menziarahi sahabat yang menerima rawatan di sana.

Karipapnya sangat unik kerana saiz besarnya, tetapi yang lebih unik lagi, rasanya yang sangat sedap, membuatkan orang teringat-ingat apabila pernah membelinya sekali.

Tidak hairanlah bisnes makanan ringan karipap gergasi ini dapat bertahan sekian lama dan itu pastilah menguntungkan.

Bisnes Makanan Ringan Dari Rumah Yang Menguntungkan

Bisnes Makanan Ringan Dari Rumah Yang Menguntungkanberitaharian.com.my

Dengan tajuk di atas, mungkin anda sedang mencari-cari idea perniagaan kecil yang boleh jadi besar dan menguntungkan. Untuk itu di sini saya senaraikan beberapa bisnes makanan ringan yang menguntungkan yang boleh anda cuba.

1. Bisnes Burger Di Depan Rumah!

Burger sudah menjadi makanan ‘WAJIB’ rakyat Malaysia sekarang. Memang sangat untung bisnes kecil ini, dan yang menariknya, keuntungan sudah boleh dikira sebelum anda membuka gerai pada hari tersebut. Ramai penjual burger yang menjadi Jutawan Senyap walaupun mereka berniaga di tepi-tepi jalan.

Bagaimana mereka boleh menjana keuntungan besar hanya dengan menjual burger di tepi jalan? Ini kerana mereka berjaya memukau selera pelanggan-pelanggan mereka dengan teknik masakan mereka yang sangat lazat!

Selain dari keenakan burger yang dimasak, mereka tahu bagaimana cara meningkatkan profit margine bagi setiap ketul burger yang mereka jual.

Bagaimana pula mereka dapat ilmu-ilmu yang tersembunyi ini? Jawapannya ramai dari mereka belajar daripada seorang pakar memasak burger yang pernah bankrup suatu ketika dulu, tetapi telah bangkit mencipta satu resepi rahsia yang hebat. Kini diwarisi oleh anak beliau yang bermurah hati untuk membongkar rahsia yang tersimpan sekian lama.

Dapatkan rahsia bisnes burger itu di sini.

Bisnes Makanan Ringan Dari Rumah Yang Menguntungkan

Sangat menarik mengimbau kembali perniagaan burger zaman 80an, kebanyakan anak muda yang buat bisnes burger ni, memang loaded, merekalah yang menguasai motor-motor besar seperti Katana dan sebaginya. Walau pun zaman ini senario itu tak ada lagi, tetapi bisnes burger tetap memberikan pulangan lumayan kepada yang berani mencubanya.

Peluang perniagaan kecil yang boleh anda cuba

2. Murtabak dan Roti Canai

Sangat menarik bisnes murtabak dan roti canai ini. Majoriti orang Malaysia suka makan roti canai setiap pagi. Cumanya anda mesti pastikan roti canai anda lembut dan sedap, itu sahaja rahsianya! Bagi murtabak pulak pastikan “ada rasa” daging, jika murtabak daging dan apa juga perisa anda bagi “ada rasa”. Jangan biarkan murtabak yang anda jual rasa hambar dan tawar.

3. Bisnes Bakeri

Ini satu perniagaan kecil yang sangat sesuai kepada yang suka memasak kueh dan biskut. Sekarang ni rakyat Malaysia muslim sangat responsif dengan #BMF – Buy Muslim First. Kebanyakan kedai bakeri di bandar-bandar milik non-muslim. Ini memberi impak yang besar bagi anda yang baru nak mula bisnes baneri. Ambil peluang ini sekarang!

Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

“Tak pernah tak sedap tart dari Bliciousseries ni tau.. kita bukan ada satu je tart tapi 5 jenis tart yang mampu memenuhi citarasa anda.. kek lapis pulak malas nak sembang lebih.. perbagai pilihan untuk dipilih.. yang mana pulak favourite anda?? tepuk dada tanya selera😍”

#bliciousseries #bliciousseries2020 #kuihviral #premiumcookies
#bajuraya #kuihraya #agentbliciousseries #agentbliciousseries2020

Lihat kak Fazliza Abdul Latif ini, bagaimana dia menggunakan minat dan kemahiran dalam bisnes bakeri. Anda kena cari ilmu bisnes bakeri dan berusaha bersungguh-sungguh.

Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

“Siapa dah pernah rasa Royale Galore ni meh angkat tangan siket🤭🤭.. Apaa tak pernah rasa lagi?? meh akak nak recommend kat korang salah satu cookies wajib try untuk tahun 2020 ni...

Memang sedapp tau…gabungan pistachio semestinya tak pernah menghampakan.. ditambah pula white chocolate diatas memang tak boleh tahan dengan penangan sang ROYAL GALORE..pastinya setiap gigitan mampu memberikan rasa kemewahan yang tersendiri.

Tak caya?? Kene cuba baru tahu..meh PROMO 4 bekas saiz S RM100 masih ada.komen NAK untuk order…”

#bliciousseries #bliciousseries2020 #kuihviral #premiumcookies
#bajuraya #kuihraya #agentbliciousseries #agentbliciousseries2020

Tak lama lagi nak puasa, lepas tu raya, bayangkan biskut raya yang sesedap ini datang dari hasil tangan anda sendiri dan berada di mana-mana.. best tak?

Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

Wow! Peminat cookies Bliciousseries..

Jangan tak percaya tau! For sure Bliciousseries Premium Cookies ni sedap yakmat..Kalau tak, takkan la repeat lagi kan tahun ni.

So, korang tak nak try ke untuk mengesahkan betul ke sedap sangat cookies ni?
Manalah tahu kan.. korang terjatuh hati sekali dengan cookies ni.
🤭

Jomlah kita borak – borak manja untuk tahu lebih lanjut tentang
BLICIOUSSERIES PREMIUM COOKIES ni.

Jangan kedekut untuk melabur dapatkan ilmu,  e-book Bisnes Bakeri ini sangat berguna untuk pecut bisnes bakeri anda untuk raya tahun ini!

4. Bisnes Aiskrim

Ramai yang tak tahu bisnes aiskrim sangat menguntungkan. Yang lebih mengecewakan ramai yang menyangka bisnes aiskrim yang sangat menguntungkan ini sangat SUSAH.

Itulah persepsi yang telah ditanamkan ke dalam minda orang kita. Betul ke susah nak buat aiskrim ni?

Ini resipi basik untuk buat aiskrim yang lazat:

1 Tin Susu Pekat 1 Tin Susu Cair 4 Tin Air Kosong 2 Sudu Tepung Jagung

Hye guys! We're ready to serve happiness today 😍————————————————————-Jom kami bantu anda memeriahkan lagi majlis dengan kehadiran Aiskrim Chaiyok-chaiyok 100% buatan muslim. Sebarang pertanyaan boleh hubungi :Puan Noor Azwa wasap.my/60125994282Puan Siti Zakiah wasap.my/60134376460

Posted by Aiskrim Chaiyok – Chaiyok on Friday, November 29, 2019

Tapi sebelum memulakan bisnes aiskrim ni, kenalah tahu serba sedikit bab pengurusan kewangan, stretegi bagaimana nak untung BESAR dalam bisnes aiskrim. Semua ini ada diceritakan dengan lengkap e-book Bisnes Airkrim ini.

bisnes aiskrim

 

Ahkir sekali, walau siapa pun anda, walau apapun minat anda dan apapun perniagaan yang ingin anda ceburi, anda perlukan duit sekurang-kurang untuk modal pusingan. Saya ingin mengajak anda mencuba teknik buat duit dengan Fingo ini yang memberi anda peluang menjana pendapatan sampingan secara mudah.

Di waktu anda kalut menguruskan bisnes kecil anda, di saat anda pening kepala memikirkan modal pusingan, saya dan rakan-rakan tenang-tenang saja mempromosikan Fingo ini, dan duit masuk ke akaun bank tanpa disedari. Serius!

2 Comments for Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

  • Zurina binti Baharudin says:

    Sangat menarik, sangat bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Bisnes Makanan Ringan Yang Menguntungkan Dari Rumah

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Posted at

Hari ini, sudah masuk fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan! Di dalam fasa 2 ini, ianya sedikit diperketatkan. Kebanyakkan kedai kini, hanya... Read More

Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

Posted at

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi Setiap hari, beribu-ribu penerbit mendapat manfaat daripada aliran masuk tunai berulang dengan berkepentingan... Read More

Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

Posted at

Jika anda seperti saya, anda mula setiap hari dengan secawan kopi. 13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya Di seluruh dunia, pakar menganggarkan... Read More

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Posted at

Bagaimana cara menjual makanan ingan? Persoalan ini selalu menjadi kepada orang yang berminat menjalankan bisnes makanan ringan tetapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jika... Read More

Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan

10 Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

Ramai rakyat Malaysia mempunyai impian untuk melarikan diri dari kerja pejabat yang membosankan dan memulakan perniagaan kecil di rumah mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan isu-isu... Read More