HOME
Home » Bisnes » 6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Posted at | Categorised in Bisnes

Bulan Ramadan banyak membuka peluang perniagaan kecil yang boleh anda cuba terutamnya bagi mahasiswa yang tinggal berhampiran dengan kawasan kampus. Kebanyakan pelajar yang tinggal di sekitar kampus datang dari luar yang tentu saja sangat memerlukan kepada peniaga yang menjual makanan dan  minuman.

Jadi jika anda ingin merebut peluang membuka perniagaan kecil terutama di bulan Ramadan, pasaran telah berada di depan mata. Cuma anda perlu bijak memilih jenis makanan atau minuman apa yang menjadi rebutan terutamanya di bulan Ramadan. Tambahan memulakan perniagaan makanan tidak memerlukan modal yang besar.

Perniagaan Kecil ingin memberi idea untuk anda memulakan perniagaan untuk menambah pendapatan sampingan.

Jus Buah-Buahan Segar (Bisnes Air Balang) Sangat Laku Sekarang!

 

Jus buah-buahan menjadi idaman setiap kali berbuka puasa. Selain dari khasiatnya, rasanya yang sedap jus buah-buahan menjadi pilihan utama. Untuk memulakan perniagaan kecil jus buah-buahan ini yang terbaiknya anda siapkan semua jus di rumah tidaklah kelam kabut nak blend buah-buahan itu di lokasi kerana ini akan merumitkan keadaan mana nak layan pelanggan dalam masa yang sama sibuk nak blend bauh-buahan.

Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba
Dengan menyiapkan bahan dan peralatan di rumah akan memudahkan anda.

Buatlah test market pada beberapa buah seperti mangga, epel, air kelapa dan beberapa buah lain pada hari-hari permulaan untuk memastikan jus buah mana yang mendapat permintaan yang tinggi.

Strategi di atas telah mengambil kira anda telah mempunyai alatan seperti blender di rumah.

Jika nak lebih mudah dan murah mungkin anda boleh cuba menjual air balang yang nisbah keuntungannya lebih tinggi.

Menjual Goreng Pisang

Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda CubaPeluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba – Says.com

 

Bukan hanya goreng pisang, malah banyak lagi bahan-bahan goreng yang boleh anda jual seperti keledek, sukun dan banyak lagi. Walaupun nampaknya macam untung sen sen jer tetapi ramai yang berjaya maintain dengan perniagaan menjual bahan “goreng-goreng ini. Kenapa mereka boleh maintain?

Jawapannya tak lain tak bukan kerana mereka sentiasa dapat untung. Anda mungkin nampak menjual goreng pisang senya sebuah perniagan kecil yang tak akan ke mana. Tetapi jika anda mempunyai pemikiran yang jauh, dalam jangka panjang anda boleh usahakan membuka cawangan-cawangan dengan mengupah orang lain menjaga gerai gorengan anda.

Baca: Idea perniagaan kecil

Overnight oatmeal

Jangan terkejut kerana menu ini mungkin menjadi pilihan untuk bersahur bagi pelajar-pelajar universiti yang sukakan makanan ringkas, cepat dan berkhasiat. Selain dari itu, ianya juga kurang persaingan kerana tidak banyak orang menjual makanan pilihan ini. Ini mungkin menjadi peluang keemasan perniagaan kecil anda yang terbaik kerana keunikannya.

Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

 

Gunakan strategi pemasaran made by order di facebook terlebih dahulu. Tempahan untuk bersahur anda boleh membuat delivery selepas solat terawih jika pelanggan ada peti sejuk atau bagi yang tak ada peti sejuk, penghantaran boleh dibuat sebelum waktu sahur.

Modal yang diperlukan sangat minimal, seperti oatmeal, buah-buahan kering, kacang-kacang dan susu atau yogurt. Jika anda lebih bijak, gunakan saja muesli iaitu campuran oat, bijirin dan buah kering instant yang ada dijual di pasaraya.

Anda boleh guna botol kaca yang cantik sebagai daya tarikan. Bestkan?

Fruity Delight

Ada ke orang nak Fruity Delight ni?

Belum cuba belum tahu, sekarang ni zaman orang berlumba-lumba, zaman orang terkejar sana terkejar sini. Ramai je yang tak sempat menyediakansarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

You see…?

Dengan kesegaran buah-buahan enak seperti dalam gambar, nak naknya dalam bulan puasa yang tengah panas mengambang ni, meletop-letop jualan produk makanan yang menyegarkan ni.

Tengok sajalah gambar di atas tu, terliur tak?

So kreatif la sikit, untuk bagi kelihatan lebih mengiurkan…!

Buah-buahan yang diadun atau dimasak dalam sirap

Hampir sama dengan Fruity Delight, tapi mungkin sedikit agak berbeza kerana perlukan proses memasak. Jangan bimbang, zaman sekarang produk-produk pasang siap berlambak di pasaraya, tinggal lagi pilih yang sesuai dan adun supaya kelihatan lazat!

Pelbagai Jenis Makanan Ringan

Pelbagai makanan ringan juga mendapat sambutan hebat di bulan Ramadan terutama bila dah nak masuk waktu berbuka. Ramai yang mencari-cari makanan ringan untuk santapan sementara menunggu waktu solat tarawih. Buat biar cantik, special dan buat dekorasi sehingga boleh dijadikan sebgai cenderahati

Untuk contoh yang terbaik, anda boleh jual coklat toples dari jenama yang ternama seperti Beryl’s Chocolate. Tak perlu susah-susah nak merayau di supermarket (kecuali korang suka merayau), beli saja dari Lazada, harganya jauh lebih murah.

Teknik pemasaran sempoi je.. gunakan facebook, war-warkan pre order tentunya tanpa risiko, sebab dah dapat order baru proses produk.

Model perniagaan kecil di atas hanya memerlukan modal yang sangat minima, yang penting semangat juang yang padu mahu berusaha tanpa menyerah kalah. Peluang perniagaan kecil produk makanan  dan minuman ini dapat membantu anda menjana keuntungan yang lumayan. Jom mulakan sekarang, hendak seribu daya tak nak seribu daleh.

Semoga berjaya!

Baca juga:
Bisnes makanan ringan
Idea perniagaan yang menguntungkan

Anda Serius Mencari Peluang Perniagaan Kecil?

Jika saya beri tahu anda ada satu peluang perniagaan kecil yang sangat mudah untuk anda cuba, adakah anda akan percaya? Ya! Modal anda sekecil RM199 sahaja, serius..

Anda sudah sampai ke page ini, sepatutnya anda serius dengan pencarian anda. Bertekad akan mencuba salah satu perniagaan kecil yang kami senaraikan.

Pernah dengar perkataan Fingo?

Jika tidak pernah dengar, sebenarnya anda telah ketinggalan dalam perkembangan teknologi e-dagang yang sangat pesat di zaman ini. Pastinya anda pernah shopping di Lazada atau Shopee bukan? Hampir setiap rumah di Malaysia pernah membeli barang di Lazada atau Shopee.

Namun ramai masih tidak tahu tentang Fingo sebuah platform e-dagang seperti Sgopee dan Lazada. Anda bebas membeli apa sahaja barangan keperluan dan kesukaan anda di sana dengan lebih murah.

Tapi dalam masa yang sama Fingo memberikan anda peluang membuat perniagaan dari rumah hanya dengan berkongsi link affiliate laman e-dagang mereka. Sangat mudah!

Baca tentang Fingo di sini

Anda Akan Terkejut Melihat Telefon Bimbit Anda!

Anda akan terkejut melihat telefon bimbit anda menunjukkan pendapatan seperti ini!

Jika anda sudah faham apa itu Fingo dan berminat untuk mendaftar sila ke laman web fingoapps.biz

Mungkin anda sedang mencari Bisnes makanan ringan yang menguntungkan dari Rumah

Yang menarik untuk dibaca:

300 Idea perniagaan kecil terbaik
17 Idea perniagaan

 

Tags :

1 Comment for 6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to 6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Cara Membeli Rumah Lelong

Cara Membeli Rumah Lelong Supaya Anda Tidak Rugi

Posted at

1. Pelajari Asas Rumah Lelong Rumah lelong adalah hartanah yang telah dirampas oleh bank atau Mahkamah Tinggi, terutamanya kerana pemiliknya gagal menyelesaikan pembayaran gadai... Read More

Idea Perniagaan Kecil

Anda Nak Idea Perniagaan Kecil? Ini 19 Idea Perniagaan Yang Terbaik

Posted at

Anda Nak Idea Perniagaan Kecil? Ini 50 Idea Bisnes yang boleh dimulakan dari rumah. Untuk memulakan salah satu perniagaan dari rumah ini, anda tidak... Read More

Idea Perniagaan Kecil Yang Popular

Idea Perniagaan Kecil Yang Popular Di Malaysia

Posted at

Idea perniagaan kecil yang popular Di Malaysia. Ramai orang yang mencari idea untuk memulakan perniagaan kecil di Malaysia, sering kelihatan keliru tentang beberapa aspek.... Read More

Cara Anda Boleh Menjana Wang Dalam Talian Sekarang

17 Cara Anda Boleh Menjana Wang Dalam Talian Sekarang

Posted at

Anda ingin buat duit secara online tanpa meninggalkan rumah? Anda ingin mengetahui cara menjana wang dalam talian yang dapat membiayai kehidupan anda apabila coronavirus... Read More

5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat Mudah Dan Selamat

Posted at

Ramai yang ingin membeli rumah lelong dengan cepat mudah dan selamat. Tapi soalnya bagaimana? Anda harus tahu selok belok bagaimana membeli rumah lelong untuk... Read More