HOME
Home » Bisnes » 5 Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung Di Bulan Ramadan

5 Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung Di Bulan Ramadan

Posted at | Categorised in Bisnes

5 Peluang perniagaan kecil paling untung di bulan ramadan – rasanya masih tak terlambat untuk kita borak-borak  pasal perniagaan kecil yang sangat menguntungkan di bulan Ramadan, tu pasal ramai yang berebut-rebut cari tapak. Tak kira yang berbayar atau di tepi-tepi jalan yang percuma.

Yang nak rebut peluang tapi tak tahu nak berniaga apa, ini ada idea 5 peluang perniagaan kecil paling untung di bulan Ramadan supaya anda tak pening kepala nak pilih mana satu.

5 Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung

1 Minuman segar Untuk Berbuka

 Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung

Bisnes air balang memang sangat menguntungkan dan paling sempoi. Kenapa saya suka sebut pasal bisnes air balang?

Ini cerita dia..

Seorang kawan anak saya bekerja sebagai guru agama. Faham-faham sajalah, guru agama bukan ada gaji pon, yang mereka terima setiap bulan hanya elaun sebanyak RM1000 setiap bulan. Anda boleh bayangkan dengan pendapatan RM1000?

Suami pulak tak ada kerja tetap, sekejap bawak lori sekejap bekebun, tapi semuanya tak lama.

Tercetus idea nak berniaga, mula-mula jual aksesori handphone, sebab tengok semua orang ada handphone, tentulah ramai yang nak cari aksesori. Rabak jugaklah seribu dua beli stok untuk mulakan bisnes.

Melilaulah ke sana ke sini mencari pelanggan, badan penat tak terkira. Memanglah stok boleh tahan lama, tak busuk tak basi, tapi aksesori handphone ni terlalu cepat out of date. Al kisah, berlambak-lambaklah stok di rumah, tak boleh jual.

Suatu hari saya jumpa dia, kami borak-borak kosong, dia ceritakan masalah dia, duit habis beli stok, badan penat, income tak ada.. huhu, sedih.

Saya sangat simpati dengan keadaan sahabat ni, tapi nak bantu, saya pun bukannya banyak sangat duit nak bagi, lagi pun saya baru saja keluar modal beli log kelulut untuk mulakan bisnes madu kelulut. (nanti saya cerita ye…)

Dengan berat hati saya pelan-pelan cadangkan pada sahabat ni tentang panduan bisnes air balang, maklumlah orang tengah down, fikiran mungkin jadi nagetif, dalam hati saya meneka mesti dia tak nak punya…

Tapi tak apalah, saya cerita juga tentang panduan ni pada dia. Alhamdulillah sahabat ni bagi respond yang sedikit positif, taklah positif sangat.. maklumlahkan orang tengah down, pastu nak kena keluar duit lagi.. mesti sentap punya!

Tapi saya puji sikap sahabat ni kerana pantas bertindak, walau dalam keadaan macam mana sekali pun dia sanggup bertindak pantas. Selang dua tiga hari dia telefon saya beri tahu yang dia dah beli panduan bisnes air balang yang saya ceritakan. Dah khatam dan hadam 3 kali katanya.

Wow!

Terkejut beruk saya dengan sahabat ni, bukan itu saja, dalam masa tiga hari dia dah sediakan peralatan dan kelengkapan mengikut apa yang dibaca dalam panduan.

Itulah BISAnya jika orang yang menulis panduan itu ikhlas nak bantu orang hasil dari pengalaman sendiri. Hari pertama saja dah STRIKE! tiga balang air habis licin. Berapa keuntungan dia tak siapa yang tahu, tapi senyumnya sampai ke telinga la hari tu…

Jadi yang tak ada idea nak berniaga apa, tak payahlah jumpa saya untuk saya ceritakan macam yang saya cerita pada sahabat saya tu, cukuplah korang baca di sini.

Hah… panjangnya saya cerita pasal kejayaan hebat sahabat saya ni, ada lagi 4 lagi peluang perniagaan kecil paling untung entah berapa panjanglah entri kali ni?.

Jom sambung..

2. Menjual Makanan Untuk Bersahur

Perniagaan Kecil Paling Untung

republika.co.id

Idea yang ni, khas untuk bulan Ramadan je lah… Jika anda rajin memasak dan air tangan anda memang best in the world, jangan teragak-agak mencuba perniagaan ini. Dalam bulan ramadan ni ramai je yang TERPAKSA mencari orang untuk masakkan makanan untuk bersahur. Tak percaya? anda boleh buat survey sendiri di kedai-kedai mamak jam 3, 4 pagi, ramainya yang lepak-lepak sambil bersahur.

3. Menjahit Pakaian

Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung

Ini satu perniagaan jangka panjang yang menguntungkan, tak terhad untuk bulan Ramadan saja. Tapi bulan Ramadan ni lah lubuk duit untuk yang pandai menjahit. Tapi tak ada masalah, semua tu boleh belajar, yang penting ada kemahuan dan semangat yang tinggi, minat tu perkara kedua.

Bayangkan upah menjahit baju melayu sekarang ni mencecah RM170 sepasang, upah menjahit baju kurung tradisional yang simple pun puluhan ringgit.

4. Bisnes Boarding Kucing

Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung

Tahu tak korang, bisnes boarding kucing ni boleh beri pendapatan sampingan yang konsisten? Zaman sekarang ramai yang minat pelihara kucing, bukan seekor bukan dua ekor, ada yang pelihara berbelas-belas ekor.

Inilah yang berlaku kepada seorang guru sekolah agama, yang pendapatannya sangat kecil, tetapi dia seorang yang sangat meminati kucing. so nak survive macam mana? Kos memelihara kucing zaman ni bukan macam dulu-dulu, lepas liar, bila lapar baru kucing-kucing tu balik.

Dari situlah timbul idea nak buat bisnes boarding kucing, dengan modal beberapa ratus dia bina kandang kucing BERSAIZ BESAR, jadi kucing pun selesa.

Permintaan yang tinggi untuk boarding bila tiba musim cuti sekolah, lebih-lebih lagi bila tiba Hari Raya, memang terpaksa tolak permintaan customer, terpaksalah buat sistem siapa cepat dia dapat.

Korang boleh baca kisahnya di Royal Cats Blog, manalah tahu boleh beri idea yang bernas.

5. Perniagaan Jual Tudung

Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung

Tak bosan ke? asyik cerita pasal jual tudung?

Saya nak tanya, tak bosan ke jika asyik terima RM15K setiap bulan?

Jika anda merasa bosan dengan perniagaan tudung yang boleh mula secara kecil-kecil dengan modal yang paling minimum, rasanya anda tak layak mencari dan membaca artikel tentang perniagaan, tak kita perniagaan kecil atau perniagaan besar.

Tetapi jika anda benar-benar bercita-cita ingin menjana pendapatan sehingga RM15K sebulan seperti puan Madihah Mustafha, silakan baca Ebook Rahsia Bisnes Tudung supaya tak tanggar dinding, supaya perniagaan maju dan terus berkembang.

No comment for 5 Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung Di Bulan Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to 5 Peluang Perniagaan Kecil Paling Untung Di Bulan Ramadan

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Kesan Covic 19 Kepada Perniagaan Kecil

Posted at

Hari ini, sudah masuk fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan! Di dalam fasa 2 ini, ianya sedikit diperketatkan. Kebanyakkan kedai kini, hanya... Read More

Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi

Posted at

42 Program Buat Duit Affiliate Terbaik Yang Membayar Komisen Yang Tinggi Setiap hari, beribu-ribu penerbit mendapat manfaat daripada aliran masuk tunai berulang dengan berkepentingan... Read More

Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya

Posted at

Jika anda seperti saya, anda mula setiap hari dengan secawan kopi. 13 Tips Membuka Perniagaan Kedai Kopi Yang Berjaya Di seluruh dunia, pakar menganggarkan... Read More

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Bagaimana Cara Menjual Makanan Ringan Anda Sendiri

Posted at

Bagaimana cara menjual makanan ingan? Persoalan ini selalu menjadi kepada orang yang berminat menjalankan bisnes makanan ringan tetapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jika... Read More

Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan

10 Idea Perniagaan Kecil Yang Paling Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

Ramai rakyat Malaysia mempunyai impian untuk melarikan diri dari kerja pejabat yang membosankan dan memulakan perniagaan kecil di rumah mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan isu-isu... Read More