HOME
Home » Marketing » Untung RM15,000 Dari Perniagaan Kecil Jual Tudung

Untung RM15,000 Dari Perniagaan Kecil Jual Tudung

Posted at | Categorised in Marketing

Untung RM15,000 dari perniagaan kecil jual tudung – Jangan terkejut! Kisah benar seorang pelajar IPT yang nak cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan pengajiannya di universiti menyentap hati saya membacanya. Dari perniagaan kecil cuba-cuba sehingga menjadi perniagaan besar dengan pulangan sehingga RM15,000 sebulan.

Jom kita korek rahsia perniagaan kecil wanita ini yang mulanay hanya menjual tudung kepada kawan-kawan di kolej, buat duit tepi dengan hanya suka-suka, tapi bila sedar yang bisnes kecil ni pun boleh jana income yang tak disangka, dia mula serius menimba ilmu perniagaan dan pemasaran.

Bijaknya pelajar ini mengambil peluang dengan menjual tudung yang murah tapi cantik dan berkualiti. Sebenarnya nak mulakan perniagaan tak perlukan modal besar, mulakan saja dengan modal yang ada di tangan, yang penting pandai cara nak promosi.

Semangat yang meluap-luap je tak cukup untuk mulakan perniagaan, mesti ada satu lagi langkah iaitu TINDAKAN. Orang kata buat jer.. Bila dah mula barulah kita tahu asam garamnya dan otak pun mula mencari idea dan solusi bagaimana nak menyelesaikan masalah.

Sedikit ilmu nak mulakan perniagaan kecil jual tudung yang mungkin bermanafaat untuk anda. Jangan segan-segan baca dan amalkan mana yang sesuai.

Untung RM15,000 Dari Perniagaan Kecil Jual Tudung

Mulakan perniagaan kecil jual tudung – Pasaran pasti sasaran pasaran

Secara mudahnya anda perhatikan di sekeliling, siapa yang berada di sekeliling kita? Untuk mudahkan anda jom kita lihat sasaran pasaran pertama.

Pasaran Kelas Atasan

Pasaran kelas atasan ni, dah tentunya menjual tudung harga mahal, kualiti tinggi dan design yang ekeskusif. Untuk mendapatkan bekalan tudung mahal perlukan modal yang agak besar dan metod pemasaran yang canggeh. Risiko agak besar tapi jangan lupa, nisbah keuntungan juga sangat tinggi.

Pasaran ini mungkin terdiri dari golongan elit dan juga pegawai tinggi kerajaan dan swasta, yang mempunyai pendapatan besar. Golongan ini akan mencari tudung berjenama mahal untuk menjaga imej mereka.

Kebiasaannya tudung berharga seratus ringgit dan ke atas.

Jika anda boleh “tackle” golongan pasaran sasaran ini, perniagaan kecil anda boleh jadi perniagaan besar suatu hari nanti.

Pasaran Kelas Pertengahan

Pasaran kelas pertengahan terdiri dari kakitangan kerajaan dan swasta, cikgu, usahawan kecil yang merupakan golongan paling ramai. Pilihlah harga tudung dalam lingkungan di bawah RM100 dengan kualiti dan design yang tidak kurang menariknya. Golongan pasaran ini berada di mana-mana asal saja rajin buka mulut atau buat pemasaran di facebook dengan langkah-langkah yang betul.

Jangan segan-segan dapatkan ilmu pemasaran di facebook dari mereka yang telah berjaya. Langkah yang lebih baik ialah dengan dapatkan nasihat dari mereka yang telah berjaya dalam perniagaan kecil menjual tudung ini seperti puan Madihah Mustafha.

Risiko kerugian mungkin sangat kecil jika anda tidak lokek mendapatkan ilmu pemasaran, tapi nisbah keuntungan sangat luar biasa kerana pasaran yang sangat luas.

Pasaran Kelas Bajet

Sasaran pasaran kelas bajet jangan dipandang enteng! Ramai golongan pertengahan sangat berminat dengan tudung murah, walaupun tanpa jenama tetapi ianya mendapat permintaan yang tinggi kerana murah.

Mungkin anda akan menghadapi sedikit cabaran untuk mendapatkan stok yang berkualiti dan cantik. Sekali lagi saya syorkan anda korek rahsia dari puan Madihah Mustafha yang telah berjaya membuat untung RM15,000 dari perniagaan kecil jual tudung ini.

Keunikan sasaran pasaran bajet ini ialah modal permulaan sangat rendah namun keuntungan lumayan mungkin mencecah 100%.

Pasaran mana Menjadi Pilihan Anda?

Tepuk dada tanya selera. Jika modal besar boleh sahaja dapatkan pasaran golongan elit, tak salah pun mencuba. Cuma anda perlu ada skill tertentu untuk berkomunikasi dengan golongan ini.

Namun jika ingin cari pengalaman dan membina keyakinan elok rasanya mencuba yang sederhana atau pasaran bajet dahulu. Bukan anda nak bisnes sehari dua di tepi jalan di bulan puasa macam menjual air balang atau aiskrim.

Langkah mulakan perniagaan kecil jual tudung –

Perkaran pertama yang bermain di fikiran usahawan baru yang nak mulakan perniagan kecil jual tudung ini antarnya di mana nak dapatkan bekalan tudung? Anda perlu korek rahsia penjual-penjual tudung mendapatkan bekalan tudung dari lubuk pengeluaran tudung yang sememangnya menjadi rahsia eksklusif mereka.

Anda wajib mendapatkan tudung harga murah untuk memastikan anda mampu menjana untung besar seperti puan Madihah Mustafha. Kenapa saya suka ulang-ulang nama Madihah Mustafha? kerana hanya beliau yang sangup pecahkan rahsia dari A to Z bisnes tudung yang sangat menguntungkan.

Jika anda mampu berurusana dengan pengeluar tudung luar negara, anda boleh layarai laman web knittedinstantshawl.com. Mereka merupakan lubuk pengeluar tudung nombor 1 di Indonesia. Malah pasaran mereka menjangkau ke Singapura, malaysia dan negara-negara Islam lain.

knittedinstantshawl.com menjanjikan bekalan tudung yang berkualiti tinggi dan cantik yang membuatkan pelanggan-pelanggan anda sangat puas hati.

Kelebihan knittedinstantshawl.com

  1. Anda tak perlu bersusah-payah mencari pembekal tudung lain kerana mereka sememangnya lubuk tudung murah dan cantik untuk para peniaga. Bukan itu sahaja, malah jika anda ingin beli untuk pakai sendiri pun mereka akan layan.
  2. Jimat masa dan kos mencari pembekal tudung. Memang sedih, ramai yang menjalankan peniagaan kecil menjual tudung bertahun-tahun masih tak tahu lubuk untuk dapatkan tudung dengan harga yang murah.
  3. memulakan perniagaan kecil jual tudung anda dengan serta-merta – mereka sedia membantu dan memang inginkan anda berjaya dalam perniagaan kecil jual tudung anda. Sedia kongsikan info perniagaan tudung untuk memudahkan anda.
  4. jaminan harga yang jauh lebih murah dari tempat lain.

Strategi Perniagaan Kecil Jual Tudung Anda

Anda dah tahu serba sedikit tentang di mana nak dapatkan bekalan tudung murah yang berpotensi menjana keuntungan tinggi, strategi seterusnya ialah mencari pelan pemasaran yang terbaik untuk mensasarkan promosi kepada target market yang tepat. Sebagai contoh jual air mineral di tepi laluan orang ramai di padang pasir adalah strategi terbaik berbanding dengan menjual aiskrim di musim hujan.

Saya syorkan anda memilih pasaran pertengahan dan pasaran bajet, ini lebih mudah dilakukan, biarkan pasaran elit dikuasai oleh Naelofar Hijab dan Fareeda Online Shop. Anda takkan mampu bersaing dengan mereka.

Nampak tak idea pemasaran di situ? kenapa saya tulis Fareeda Online Shop? Zaman teknologi canggeh ini masih ramai yang tidak dapat menguasai pasaran online. Jika ada pun hanya “main-main”, tidak serius, sedangkan Dato Vida sendiri berjaya membuat jualan sehingga RM70 ribu sehari hanya melalui pemasaran facebook.

Dengan ilmu dan tunjuk ajar dari mentor, perjalan perniagaan kecil jual tudung anda akan lebih mudah mencapai kejayaan. Jangan takut dan kedekut untuk mengeluarkan modal mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Ya betul anda boleh berjaya melalui “try and error” tetapi setiap kali anda “langar dinding” anda akan berasa kecewa, untuk menaikkan semula semangat anda bukanlah mudah.

Modal yang hilang juga tidak mudah diganti, berbanding jika wang itu anda gunakan untuk menimba ilmu, setiap langkah dan strategi pemasaran dapat dilakukan dengan betul dan menuju sasaran pasaran yang tepat kepada yang memerlukan tudung jualan anda.

Dah tonton video Dato Vida di atas? Jangan sedap baca jualan RM70 ribu sehari, dengar juga berapa kali dia tertipu dengan pemasaran facebook dan rugi ratusan ribu.

Sebabnya apa?

Sebabnya “pandai-pandai sendiri”, tak mahu belajar (walaupun beliau mampu keluarkan modal besar untuk ilmu).

Nak mula pemasaran facebook, mulakan dengan yang percuma dahulu.

Eh! ada ke pemasaran percuma?

Tulah anda asyik berfacebook yang mengarut dan buang masa sahaja. Sebenarnya dari wall anda sendiri dah boleh mulakan promosi, mula ubah beberapa seting supaya wall anda nampak lebih profesional sebagai seorang usahawan jual tudung.

Selain dari facebook anda boleh gunakan akaun instagram dan whatsapp. Anda juga boleh berjinak-jinak dengan ruang promosi percuma seperti mudah.my, shopee.com.my 11street dan sebagainya.

 

No comment for Untung RM15,000 Dari Perniagaan Kecil Jual Tudung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Untung RM15,000 Dari Perniagaan Kecil Jual Tudung

Cara Meningkatkan Perniagaan Kecil

Cara Meningkatkan Perniagaan Kecil Anda Dengan 9 Perkara Ini

Posted at

Cara meningkatkan perniagaan kecil anda, ketahui 9 perkara mudah ini. Meningkatkan perniagaan kecil tidak mudah. Ini adalah salah satu cabaran paling sukar yang dihadapi... Read More

Cara Buat Duit Dengan ClickBank Tanpa Laman Web

Posted at

Cara buat duit dengan ClickBank – Apabila bercakap tentang cara buat duit dengan affilate, pastinya ClickBank adalah salah satu tempat utama yang anda usha,... Read More

teknik buat duit clickbank

Teknik Buat Duit Clickbank CB Method Berhasil Jana USD1,312.70 Dalam Masa 12 Hari

Posted at

Teknik buat duit Clickbank CB Method  – Jika anda tercari-cari teknik buat duit di internet tanpa modal besar, anda telah berada di tempat yang... Read More