HOME
Home » Bisnes » Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Posted at | Categorised in Bisnes

Salam sejahtera, jam menunjukkan pukul 5 pagi terdetak di hati sejauh mana saya sebagai orang yang berjaya dan mempunyai sikap orang yang berjaya.

Tak fikir panjang, bangun bersihkan apa yang patut dan terus berwuduk. Kepala jadi kosong tak tahu nak buat apa, terus saja buat solat taubat dan solat hajat ditutup dengan solat witir 3 rakaat.

Itulah saranan ulamak dan ustaz-ustaz yang pernah saya dengar dan baca. Rasa bimbang dan gusar yang tadi bergelora dalam hati mula reda dan kembali merasai manisnya ketenangan.

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa hati saya mula tak tenang bila memikirkan tentang rezeki?

Dua anak kembar saya dah habis 4 semesta di Kolej Komuniti, mereka mengabil kursus yang mereka minat dan keputusannya cemerlang. Hari ini kedua-duanya akan mulakan latihan industri. Seorang di kolej komuniti yang berhampiran dengan rumah dan seorang lagi di Poloteknik di Sabak Bernam.

Kedua-duanya memerlukan belanja besar, perlukan kenderaan yang jauh perlukan tempat tinggal. Saya dah berbelanja besar belikan sebuah motorsikal untuk si kembar berulang-alik ke Sabak Bernak jika tak dapat rumah sewa.

Rumah sewa di sana sangat mahal, sebuah rumah kampung sewanya cecah RM400 hingga RM450, sedangkan pendapatan saya yak bertambah-tambah.

Tu yang buat hati jadi bimbang tentang rezeki.

Tapi selepas selsesai solat dan berdoa mohon Allah lapangkan rezeki Alhamdulillah hati rasa lapang keran yakin Allah yang menentukan segala-galanya, saya sudah berusa sedaya upaya.

Buka handphone Google perkataan “supaya usaha berjaya” sebab rasa diri ini masih belum berjaya dari laman carian Google tu tersenarai satu persatu:

12 Sikap orang berjaya – Azizan Osman

10 Perkara yang perlu ada untuk berjaya – juga oleh Azizan Osman

8 Langkah untuk berjaya dalam perniagaan – Hidup Ringkas

8 Langkah gerenti berjaya dalam perniagaan (Bahagian 1) – Irfan Khairi

5 sikap untuk berjaya – Fizo Omar

Aku usaha aku yakin aku berjaya – Prof Hafiz

6 Cara untuk berjaya dalam hidup. Jangan baca tanpa mencuba!

dan banyak lagi artikel tentang kejayaan dan bagaimana cara nak berjaya.

Lima dari penulis ini memang saya tahu kehidupan mereka sangat berjaya, yang menjadi pertanyaan saya bagaimana mereka boleh berjaya? Jadi saya menyorot satu persatu apa yang ditulis oleh Dr Azizan tentang sikap orang yang berjaya. Ada 12 sikap semuanya..

Part intro dah best tentang sikap orang yang berjaya ni, Dr Azizan mengajak kita merenung diri dan membandingkannya dengan tokoh-tokoh yang berjaya tentang sikap.

Ada beza tak?

Pada saya, macam langit dengan bumi..

Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Jom kita teliti apa kata Dr Azizan untuk menjadi orang yang berjaya

Kata Stephen Covey ada 12 sikap orang yang berjaya yang sangat istimewa. Yang bagusnya sikap itu bukan tak semuanya semulajadi, tapi mereka sendiri yang develop untuk diri mereka sendiri.

Jom kita baca kesemua 12 sikap orang yang berjaya ini untuk menilai diri kita sendiri.

Sikap orang yang berjaya – Bersyukur

Orang yang berjaya sentiasa ada sikap bersyukur. Tak kira dalam susah atau sendang, ada masalah atau dalam keseronokan menerima nikmat mereka tetap bersyukur. Mereka sentiasa mencari-cari kebaikan dalam apa juga perkara, sentiasa melihat sesuatu dari sudut positif dan baik-baik. Kata orang sifat hati yang bersih.

Sikap orang yang berjaya ini sangat yakin jika mereka bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat dan kejayaan, seperti disebut dalam Al-Quran:

Sikap Orang Yang Berjaya

Surah At-Talaaq: Ayat 2-3

Firman Allah SWT yang bermaksud :

2. ..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Sikap orang yang berjaya – Membina Keyakinan

Keyakinan diri harus dibentuk, ianya juga tidak datang dengan tiba-tiba. Untuk yakin dalam sesuatu perkara yang kita lakukan perlu ada ilmu dan ilmu perlu dicari. Bayang semasa kita kecil, masih baby lagi, bagaimana ibu dan ayah kita membentuk keyakinan kita untuk mula berdiri, berjalan dan berlari. Segal ilmu dicurahkan oleh mereka sehingga kita boleh berdiri, berjalan dan berlari seperti sekarang ini.

Macam tu juga dalam perniagaan, tak kiralah dalam perniagaan kecil atau perniagaan besar, keyakinan melakukan sesuatu itu mesti kukuh, barulah kita akan berjaya. Insyallah

Yang menariknya sikap orang yang berjaya ini akan mendapatkan ilmu melalui apa saja cara, mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mendapat ilmu. Apabila mereka telah mendapat ilmu dan yakin ilmu tersebut sesuai dengan minat dan kebolehan, mereka akan melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sikap orang yang berjaya -Tidak Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Allah menjadikan kita adalah kita, jangan membandingkan diri kita dengan Dr Azizan Osman misalnya. Allah memberikan kelebihan dan kekuangan pada diri seseorangan. Jika anda membandingkan diri anda dengan seseorang yang telah berjaya tentunya anda akan merasa kecewa kerana tidak mampu mencapai seperti orang yang anda buat perbandingan.

Sikap orang yang berjaya ialah menilai dan menerima kekurangan diri dan berusaha untuk memperbaikinya, dan melihat kelebihan diri dan menjadikannya sebagai peluang untuk membantu orang lain.

Sikap orang yang berjaya – Gemar Membantu Orang Lain

Sikap suka membantu orang lain ini memang sangat sukar untuk dilaksanakan. Kebanyakan orang mempunyai sikap meminta lebih dari memberi. Tetapi berbeza dengan orang yang berjaya, inilah tunggak kejayaan mereka, setiap peluang yang ada digunakan untuk membantu menambah nilai hidup orang lain.

Saya sering tidak nampak bagaimana cara orang yang berjaya ini membantu orang lain, sehingga saya tersedar sikap ini terdapat pada mentor perniagaan yang sangat berjaya Dr Azizan Osman yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu. Bukan sahaja ilmu perniagaan dan pemasaran tetapi juga ilmu keyakinan diri dalam membuat sesuatu tindakan dengan tepat.

Sikap orang yang berjaya, Suka Menghubungkan Silaturahim

Menghubungkan silaturahim sangat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah sangat menggalakkan orang yang menyambungkan silaturahim. Dalam bahas sekarang di sebut bersosial, kenal mengenal dan berkasih sayang dalam masyarakat,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Barang siapa yang ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahmi”. [Muttafaqun ‘alaihi]. almanhaj.or.id

Cuba lihat hadis di atas betapa pentingnya silturahmi sehingga Rasulullah menyebut ianya boleh melapangkan rezeki, kelapangan rezeki itu juga merupakan suatu kejayaan.

Mempunyai Strategi Dalam Tindakkan

Orang yang berjaya tidak melakukan sesuatu perkara tanpa kajian teliti, mereka sentiasa berhati-hati dalam bertindak. Mengkaji segala kemungkinan, adakah tindakan yang diambil bermanafaat, manafaat jangka pendek dan jangka panjang, berapa lama jangka masa untuk mencapai matlamat malah merangka strategi jika berlaku kegagalan.

Sebagai manusia biasa orang yang berjaya sangat faham tidak semua perancangan akan mencapai kejayaan, jadi kena ada perancangan jika berlaku sebaliknya.

Suka Memaafkan Orang Lain

Ini sunnah Rasulullah SAW sebenarnya, Rasulullah adalah seorang yang sangat pemaaf. Bagi orang yang berjaya, memaaf dan melupakan perkara yang berlaku akan melapangkan jiwa, berdendam akan membuat hati jadi hitam, ini adalah perasaan negatif yang akan meracuni permikiran dan diri sendiri.

Ada suatu perasan dendam yang boleh dijadikan motivasi diri, iaitu dendam kepada kesilapan dan kegagalan yang lalu. Menjadikannya inspirasi untuk memperbaiki kesalahan dan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

Mengkayakan Pengalaman Hidup

Orang yang berjaya sangat suka membuat dan mencuba sesuatu perkara baru, mereka tidak akan duduk diam tanpa apa-apa aktiviti yang boleh mengkayakan pengalaman hidup yang baru. Mungkin dengan melancong ke negara luar dan belajar dari masyarakat dia sana, atau mencuba aktiviti-aktiviti yang bertentangan dangan hobi dan minat mereka supaya terkeluar dari kepompong son selesa.

Mereka akan merasa kepuasan bila dapat mengatasi cabaran dalam perkara barau yang mereka lakukan.

Menghargai Nikmat Hidup

Bagi orang yang berjaya, setiap detik kehidupan adalah nikmat. Mereka mensyukuri nikmat itu dan sentiasa menghargainya dan meraikan anugerah Allah ini walau sekecil mana sekali pun.

Tidak hairanlah orang yang berjaya sering mengarahkan diri mereka melakukan perkara-perkara yang mengundang kegembiraan dan kehidupan yang positif.

Keazaman Yang Kuat Untuk Mencapai Impian

Keazaman dan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan adalah sikap terpuji yang jarang ada pada orang biasa. Bukan setakat keazaman sahaja, mereka mempunyai disiplin yang kuat, sesuatu matlamat akan diusahakan bersungguh-sungguh untuk dicapai dalam tempoh yang ditetapkan, bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam.

Segala halangan dan cabaran akan ditempuhi dan dicari jalan keluar tanpa menunggu arahan sesiapa, mereka akan merasa ketagehan untuk mencipta kejayan-kejayaan baru sepanjang hidup mereka.

Kesihatan Tidak Diabaikan

Berusaha berusaha juga, tetapi mereka tidak pernah lupa untuk menjaga kesihatan kerana kesihatan meripakan suatu aset penting untak mencapai kejayaan. Peruntukan masa dan wang ringgit disediakan secukupnya untuk menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, mengambil makanan yang sihat, mengambil vitamin dan sebagainya.

Kesihatan amat penting untuk bergerak dalam mencapai kejayaaan, malah kesihatan itu sendiri merupakan suatu kejayaan.

Menjaga Hubungan Dengan Allah

Allah yang mencipta kita, jadi hanya Allah yang tahu dan berhak untuk memberikan kejayaan kepada kita. Orang yang berjaya sangat menjaga hubungan dengan Allah. Tiap-tiap sesuatu akan berlaku hanya dengan izin Allah.

Allah tidak menyuruh kita mengejar dunia semata-mata tetapi Allah menyuruh mengejar akhirat tetapi tidak melupakan dunia. Taat dan patuh dengan perintah Allah merupkan kejayaan yang besar bagi orang yang berjaya kerana melalui kejayaan mentaati perintah Allah ini akan menjana kejayaan-kejayaan lain yang diimpikan.

Orang yang berjaya sangat yakin bahawa segala kejayaan dalam kehidupan hanya datang dari Allah.

Ada banyak lagi sikap terpuji orang-orang yang berjaya yang wajib kita contohi untuk mencapai kejayaan. Cuba tanya diri kita, manakah sikap yang tidak terdapat pada diri kita dari senarai sikap orang yang berjaya diatas untuk kita juga merasai nikmat kejayaan dalam kehidupan.

No comment for Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Langkah Efektif Persiapkan Diri untuk Peluang Bisnis

8 Langkah Efektif Persiapkan Diri untuk Peluang Bisnis

Posted at

Di mana anda ingin menemukan peluang bisnis yang baik untuk anda hari ini? Itu pertanyaan yang sangat sulit. Tetapi pada kenyataannya, banyak orang mengajukan... Read More

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari?

Posted at

Bagaimana membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense? Membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense adalah mudah. Di sini saya hanya meletakkan kira-kira dan... Read More

Buat Duit Dengan Blog

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Semestinya Tanpa Modal Besar

Posted at

Bagaimana buat duit dengan blog? Ini satu soalan yang selalu bermain-main dalam kepala anda, betul tak? Jika tidak anda tidak akan sampai ke blog... Read More

Perniagaan Harta Tanah

17 Idea Perniagaan Kecil Yang Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

17 Idea perniagaan kecil yang menguntungkan di Malaysia Memulakan kerjaya anda sebagai seorang usahawan boleh menjadi sangat sukar dan kadang-kadang mencabar. Terdapat beberapa masalah... Read More

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil Mengikut Kata Pakar

Posted at

Cara menjalankan perniagaan kecil nampak macam mudah, tapi jika kurang ilmu segala-galanya menjadi susah. Jadi untuk membantu anda yang baru nak mula menjalankan perniagaan... Read More