HOME
Home » Bisnes » Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

Posted at | Categorised in Bisnes

Salam sejahtera, ramai yang bertanya ada ke suatu perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar? Persoalan ini juga selalu bermain di fikiran saya sejak beberapa lama dulu.

Tapi ramai yang tak yakin dengan konsep perniagaan kecil boleh menjadi suatu perniagaan besar suatu hari nanti.

Ramai je yang tersalah konsep kerana berpendapat untuk membina sesuatu perniagaan WAJIB ada modal besar. Mesti ada premis dengan logo yang besar-besar. Itu yang tak sanggup nak memulakan langkah pertama.

Dalam kepala asyik nak cari modal besar dengan panjat tangga bank sana sini nak buat pinjaman perniagaan. Bila dah jadi gitu baru sedar jika nak buat pinjaman perniagaan dengan bank ada banyak syarat yang bank letakkan. Yang utama pihak bank nak tengok perniagaan tu dah mula atau baru buat kertas kerja?

Jika baru buat kertas kerja dan tak berjaya tunjukkan bukti perniagaan dah dijalankan, ucapkan selamat tinggal lah jawabnya.

Kena ingat bank bukan nak tolong bagi duit pada kita gitu gitu saja, tapi mereka nak tengok bukti yang kita mampu buat bayaran balik.

Dari logik akal pun kita dah boleh buat perkiraan, dalam bidang pekerjaan pun tak ada seseorang pengurus terus dilantik jadi pengurus jika tidak ada pengalaman. Untuk dapat pengalaman kenalah bermula dari bawah, taklah bermaksud bermula dari budak pejabat. Betul tak?

Bila dah cukup pengalaman mentadbir sebuah cawangan, barulah dilantik menjadi pengurus kawasan dan seterusnya menjadi CEO syarikat.

Dr Azizan Osman pun selalu sebut, nak mulakan perniagaan, mulakan secara kecil-kecilan. Tak perlu ada produk sendiri, jual produk orang lain dulu, jika dah boleh jual produk orang lain dah ada pasaran sendiri, pelanggan dah percaya, barulah berimiginasi dak buat produk sendiri.

Contoh nyata depan mata, Dato Shukri yang popular dengan tagline Terlajak Laris, bukanlah perniagaannya terus hebat seperti sekarang. Beliau bermula dari bawah, berniaga di pasar-pasar malam. Dari situ barulah perniagaannya berkembang dan berkembang.

Opss.. tapi bukan semudah itu ye.. nak mulakan perniagaan kecil pun kena ada ilmu. Bukan terus main tembak saja. Sekurang-kurangnya kena ada jugak ilmu nak mengesan perniagaan jenis apa yang nak dijalankan. Produk apa, bagaimana pasarannya dan yang lebih penting pengurusan kewangan. Jangan nanti jani perniagaan kelabu asap, hilang hujung pangkal lesap.

Dalam keadaan sekarang, untuk mendapat pekerjaan bukanlah mudah, terlalu sengit persaingannya. Lebih-lebih lagi dalam mencari pekerjaan dalam kerajaan. Bab temuduga je dah ramai yang gagal, kenapa gagal sebab tak ada buat persediaan untuk temuduga.

Samalah juga jika nak buat perniagaan kecil-kecil mahu tak mahu, suka tak suka kena buat persediaan. Laburlah sedikit duit untuk hadiri seminar atau bengkel perniagaan, janganlah kedekut sangat. Jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pepatah baru pula kata, lebih banyak anda memberi lebih banyaklah anda dapat.

Apa maksunya tu?

Maksudnya keluarkanlah modal untuk menambah nilai diri dengan cara menambah ilmu. Jika dah ada ilmu semuanya boleh jadi.

Di sini saya senaraikan beberapa jenis perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar jika anda benar-benar fokus.

Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

1. Perniagaan Kecil Air Balang

Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

nikkhazami.com

Nampak macam macam gurau jer… tapi cuba anda fikir, inilah perniagaan modal kecil yang paling menguntungkan. Jangan pandang sebelah mata dengan perniagaan air balang ni. Nampak sempoi tapi anda kena tahu trick dan tekniknya.

Baca panduan bisnes air balang yang ditulis oleh seorang yang telah benar-benar berjaya yang jujur nak bantu anda memulakan perniagaan ini. Semua penulisan beliau adalah melalui pengalamannya sendiri. Teruskan bacaan…

2.  Perniagaan Kecil Ais Krim

Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

mejuez.com

Seorang kawan saya yang bekerja makan gaji sangat berjaya dalam perniagan kecil ini. Jika anda berada di kawasan Klang mungkin anda berpeluang menikmati kelazatan Aie Krim Aji. Jangan terkejut senang-senang boleh jana pendapatan 4 angka setiap bulan dengan strategi pemasaran yang betul. Teruskan bacaan..

Perniagaan Bakeri

perniagaan kecil

Saya mempunyai seorang kawan yang telah berhenti dari kerjayanya sebagai kerani bank. Sebelum berhenti dia telah mengambil langkah yang tepat dengan menghadiri kursus membuat kek dan bakeri. Mula asalnya sebagai hobi di rumah kerana dia memang sangat suka membuat kek.

Lama kelamaan kerana permintaan yang semakin bertambah, dia terpaksa membuka sebuah kedai bakeri di bandar Teluk Intan. Jika anda ingin menikmati kelazatan bakeri handmade kawan saya itu bolehlah singgah di kedainya berhadapan dengan Sekolah Menengah Seri Setia Teluk Intan. Kedainya agak tersorok sedikit, tetapi jualannya setiap hari sangat menggalakkan, sentiasa kehabisan stok!.

Tahu sebabnya kenapa? kerana bakeri buatan kawan saya ini memang sedap dan sangat lembut. Kualiti bakeri yang dijual menyamai kualiti bakeri yang dijual di pasaraya atau kedai kek ternama.

Jika ingin membuat tempahan bolehlah anda ke sana atau boleh surf facebook beliau di sini.

 

Tags :

No comment for Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

Tips Pemasaran Perniagaan Di Rumah Yang Berkesan

Tips Pemasaran Perniagaan Di Rumah Yang Berkesan

Posted at

Tips pemasaran perniagaan di rumah yang berkesan yang anda perlu patuhi, salah satu perkara yang paling berguna untuk pemilik perniagaan kecil di rumah adalah... Read More

Idea Perniagaan Kecil Untung Besar

100 Idea Perniagaan Kecil Untung Besar

Posted at

Peluang perniagaan kecil untung besar! Dengan modal kecil yang sangat menguntungkan dan perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang besar, sesuai untuk pemula yang ingin berjaya... Read More

Cara Mengurus Kewangan Anda Tanpa Gagal

19 Cara Mengurus Kewangan Anda Tanpa Gagal!

Posted at

Cara mengurus kewangan anda – Tidak sedikit orang yang bercita-cita untuk mendapat kebebasan dari segi kewangan. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Jadi, apakah... Read More

Mulakan Perniagaan Dalam Talian Dengan Modal Minima

Mulakan Perniagaan Dalam Talian Dengan Modal Minima, Kini Dewi Mampu Menjana Ratusan Juta Pendapatan Setiap Bulan

Posted at

Mulakan perniagaan dalam talian dengan modal minima, kini Dewi mampu menjana ratusan juta pendapatan setiap bulan. Pada mulanya Herlina P. Dewi bahkan tidak memikirkan... Read More

Bagaimana Saya Jana Untung

Bagaimana Saya Jana Untung!

Posted at

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!   Ini kisah dan pengalaman sebenar saya berniaga tudung  dengan hanya menggunakan modal... Read More