HOME
Home » Bisnes » 10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan

10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan

Posted at May 26th, 2018 | Categorised in Bisnes

Menarik cerita ni, percaya tak, seorang doktor perubatan boleh bagi nasihat tentang pelaburan?

Tak percaya?

Boleh baca… (senyum)

BOLEH KE SAYA MELABUR?

“Doktor, saya dengar ramai orang cerita pasal investment. Macam mana saya nak join? Boleh ke kalau saya terus main saham, atau pun beli je rumah yang dah ada penyewa?”

Baik, saya jawab.

Terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum mula melabur. Kalau belum hadam bab ni, JANGAN melabur lagi.

10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan

Pertama, keadaan dan kestabilan ekonomi diri sendiri. Seeloknya perlu ada pekerjaan dan mempunyai pendapatan tetap.

Kalau masih belajar, anda ada 2 pilihan: sama ada habiskan dulu pengajian atau pun cari pendapatan sampingan. Masih belajar bukannya alasan untuk tak boleh cari side income. Buat kerja sambilan pun bukannya alasan untuk tak boleh berjaya dalam pelajaran.

Sama ada anda sudah bekerja ataupun masih belajar, pastikan anda mempunyai ‘positive cashflow’, iaitu duit yang tinggal selepas tolak jumlah perbelanjaan. Ramai yang tak lepas bab ni tapi masuk melabur. Kebarangkalian tinggi untuk melebur.

Asas kewangan kena kuat. Ilmu kewangan kena mantap. Nak bina bangunan tinggi tapi kalau tapak tak kukuh, pondok kecil pun boleh runtuh. Doktor kalau bergaji besar pun tapi hutang sana sini, terlalu berisiko untuk masuk gelanggang. Semak balik profil kewangan yang caca marba. Macam mana nak bersihkan profil kewangan? Rujuk penasihat kewangan anda.

Ayat glamour orang melabur ‘high risk makes high profit’ memang tak salah. Cuma ramai yang tak perasan, high risk makes high losses too.

Macam mana orang lain buat profit tapi kita asyik loss? Sudah tentulah sebab orang lain pandai ‘manage risk’, tapi kita terjah dan tawakal kepada mantera ‘high risk makes high profit’ semata-mata.

Pelaburan mana yang high risk, mana yang low risk? Contoh low risk investment ialah ASB, Tabung Haji, malah akaun simpanan di bank, serta akaun KWSP itu pun dikira low risk.

Contoh moderate risk investment ialah unit trust, pelan insurans investment + protection seperti PruBSN Warisan & Platinum, serta banyak lagi pelan pelaburan di bawah bank-bank di seluruh malaysia.

Contoh high risk investment, saham-saham di pasaran Bursa Malaysia, di mana kita boleh untung dan boleh rugi beratus, beribu malah puluhan ribu dalam masa sehari. Jadi selera mana yang anda pilih, perlu sesuai dengan keadaan ekonomi sendiri juga.

Saya bagi contoh.
Ada hamba Allah ni pun suka melabur.
Masalahnya, walaupun gaji dia tak la rendah, tapi komitmen tinggi.
Positive cashflow ciput.
Simpanan cetek.

So apa dia buat?
Dia tak terus melabur.
Dia pasang strategi dulu.
Dia busy kerja di hospital.
Macam mana nak tambah income lagi?
Masalahnya, nak buat grab pun penat.
Duit kerja part time pun kais pagi makan pagi.

So dia cari jalan.
Guna akal yang Allah bagi.
Kalau status-status yang tak mendatangkan faedah pun dia baca sampai habis, apa salahnya guna effort yang sama untuk baca artikel yang bermanfaat dan boleh buat duit.

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan

Nak sekolahkan anak supaya pandai berenang…

Dia tanya orang-orang yang dah senang. Macam mana mereka boleh tak busy dan still making money? Dia dapat jawapan, daripada buat kerja 1 hari dapat gaji untuk 1 hari, kenapa tak buat kerja 1 hari tapi dapat gaji setiap bulan selama 6 tahun? Ya Allah ada kerja macam ni rupanya di Malaysia ni.

So dia buat kerja tu sampai sekarang. Alhamdulillah, walaupun belum lagi senang, tapi dia dah nampak jalan. Positive cashflow makin besar. Simpanan kecemasan pun dah nak capai sasaran.

Cuma ada lagi satu persoalan.
Macam mana kalau setelah penat dia kumpul dana untuk melabur, tiba-tiba dia jatuh sakit?
Banyak duit nak kena guna walaupun di hospital kerajaan.

Sebab itula dia cepat-cepat insurans kan diri sendiri. Supaya kalau jadi apa-apa, dia dapat pampasan yang boleh cover bil perubatan dan gaji yang hilang (income protection) misal kata dia dah tak boleh bekerja. Bukannya mahal pun minimum RM100 sebulan berbanding dengan bil-bil hospital yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Insha Allah, bila income dah besar, positive cashflow dah cantik, simpanan kecemasan dah cukup, melaburlah sepuas-puasnya.

Kesimpulannya, nak melabur memang senang. Tapi persediaan sebelum melabur perlu rapi.

Bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah.
Good things aren’t always cheap, and cheap things aren’t always good.
Jom kita buat apa yang orang lain tak buat, supaya kita dapat apa yang orang lain tak dapat.

Nota: Penulis ialah seorang doktor perubatan dalam masa yang sama seorang Prudential Wealth Planner yang berjaya menyekolahkan ramai orang tentang kewangan dan kesihatan.

Anda minat dengan pelaburan saham? Teruskan bacaan…

Tags :

No comment for 10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to 10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Pelaburan

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari?

Posted at October 7, 2018

Bagaimana membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense? Membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense adalah mudah. Di sini saya hanya meletakkan kira-kira dan... Read More

Buat Duit Dengan Blog

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Semestinya Tanpa Modal Besar

Posted at October 6, 2018

Bagaimana buat duit dengan blog? Ini satu soalan yang selalu bermain-main dalam kepala anda, betul tak? Jika tidak anda tidak akan sampai ke blog... Read More

Sikap Orang Yang Berjaya

Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Posted at July 2, 2018

Salam sejahtera, jam menunjukkan pukul 5 pagi terdetak di hati sejauh mana saya sebagai orang yang berjaya dan mempunyai sikap orang yang berjaya. Tak... Read More

Perniagaan Harta Tanah

17 Idea Perniagaan Kecil Yang Menguntungkan Di Malaysia

Posted at June 27, 2018

17 Idea perniagaan kecil yang menguntungkan di Malaysia Memulakan kerjaya anda sebagai seorang usahawan boleh menjadi sangat sukar dan kadang-kadang mencabar. Terdapat beberapa masalah... Read More

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil Mengikut Kata Pakar

Posted at June 13, 2018

Cara menjalankan perniagaan kecil nampak macam mudah, tapi jika kurang ilmu segala-galanya menjadi susah. Jadi untuk membantu anda yang baru nak mula menjalankan perniagaan... Read More