HOME
Home » Bisnes » 19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

Posted at | Categorised in Bisnes

Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

1.  Meroyan macam nenek kebayan berjela-jela dan berleter mengalahkan mak jemah masa rewang.

2. Menulis tentang salah silap orang lain atau pihak-pihak tertentu (finger pointing).

3. Menulis cerita berbentuk perli atau sindiran (troll)

4. Menulis dengan niat mempermainkan sesuatu isu semasa (parody). Ini namanya bisnes tak cukup huru hara maka banyak benar masa nak berparodi.

5. Perasan diri bagus dari orang lain. Malu lah sikit.

19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

6. Post syok sendiri (menulis post krik krik, tiada atau kurang yang membaca post anda). Padan muka.

7. Tiada engagement atau interaksi dengan audiens. Ringankanlah jari tu balas/reply komen orang kat wall awak tu.

8. Menulis dengan diikuti dot dot dot (…..). Sesekali tulis … tidak mengapa. Yang jadi masalah, jika dalam satu perenggan ada sampai 20-30 dot dot dot.

9. Nada ayat monotonous /sekata. Sulamkan dengan penulisan serious, kekadang kelakar, kekadang berbentuk nasihat, kekadang fun gila-gila.

10. Ayat terlalu meleret. Ringkaskan seringkas yang boleh. Belajar tulis ayat pendek. Rajin letak noktah.

11. Terlalu hendak mengajar-ngajar atau terlalu hendak memperbetulkan orang lain. Perghh sesekali okay bro. Kalau selalu sangat, orang meluat.

12. Penggunaan kata seru yang berlebihan (!!!!) Kata seru ini ibarat menjerit kat tepi telinga orang. Guna sesekali sahaja.

13. Menulis dengan ejaan singkatan atau bahasa sms. Contoh: seperti tk, x, yg, bgn.

14. Pengunaan bahasa rojak yang ketara – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Rojak sikit-sikit takpe. Huhu.

15. Menggunakan semua HURUF BESAR. Jangan biarkan pembaca silau mata dengan HURUF BESAR.

16. Tidak menggunakan bahasa tak senonoh seperti wtf, wth, si@l, set@n, pel@cur atau yang seangkatan dengannya. Beradablah sikit.

17. Elakkan juga menggunakan bahasa yang kasar seperti bahlul, bengap kerana ia akan membuat pembaca terasa bodoh. Lagipun, dalam agama kita tidak diajar untuk sumpah seranah orang. Perkataan ko atau engkau atau aku juga bunyinya KASAR.

18. Kurangkan penggunaan jargon (ayat teknikal) dan ayat bombastik. Kita ni di media sosial dik, bukannya kat kilang elektronik buat robot.

19. Jarang menulis. Setiap orang bisnes WAJIB menulis setiap hari. Mengemaskini status FB/INSTA adalah termasuk di dalam rutin menulis. Owh fokus asah skil menulis untuk tujuan BISNES sendiri promote bisnes sendiri (atau dakwah atau perkara yang membawa manfaat)​​​​​​​

20. Tidak memperjuangkan sesuatu yang tiada nilai untuk saham akhirat atau membuang masa, tidak memberi faedah kepada masyarakat. Contoh: menyogok pembaca dengan hobi buang duit seperti menyimpan koleksi Barbie Doll atau menghisap xxxx atau mempopularkan sesuatu yang melanggar hukum alam. Contoh, budaya LGBT, anti-hudud, sekular atau segala isme-isme yang bercanggah dengan agama Islam.

Baca: Perniagaan Kecil Tanpa Premis Untung Besar Setiap Bulan!

#Disclaimer:
Ini mazhab perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar Cikgu Petir.
Kalau tak suka, bye bye, sayonara.

No comment for 19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to 19 Pantang Larang Dalam Penulisan Perniagaan Kecil Di Facebook

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari?

Posted at

Bagaimana membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense? Membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense adalah mudah. Di sini saya hanya meletakkan kira-kira dan... Read More

Buat Duit Dengan Blog

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Semestinya Tanpa Modal Besar

Posted at

Bagaimana buat duit dengan blog? Ini satu soalan yang selalu bermain-main dalam kepala anda, betul tak? Jika tidak anda tidak akan sampai ke blog... Read More

Sikap Orang Yang Berjaya

Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Posted at

Salam sejahtera, jam menunjukkan pukul 5 pagi terdetak di hati sejauh mana saya sebagai orang yang berjaya dan mempunyai sikap orang yang berjaya. Tak... Read More

Perniagaan Harta Tanah

17 Idea Perniagaan Kecil Yang Menguntungkan Di Malaysia

Posted at

17 Idea perniagaan kecil yang menguntungkan di Malaysia Memulakan kerjaya anda sebagai seorang usahawan boleh menjadi sangat sukar dan kadang-kadang mencabar. Terdapat beberapa masalah... Read More

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil Mengikut Kata Pakar

Posted at

Cara menjalankan perniagaan kecil nampak macam mudah, tapi jika kurang ilmu segala-galanya menjadi susah. Jadi untuk membantu anda yang baru nak mula menjalankan perniagaan... Read More