HOME
Home » Cryptocurrency » Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Posted at April 8th, 2019 | Categorised in Cryptocurrency

Bagaimana cara membuka akaun Remitano di Malaysia? Bagi peminat atau pelabur dalam cryptocurrency, satu masalah besar yang dihadapi ialah bagaimana cara nak menukar Bitcoin atau apa-apa coin kepada Ringgit Malaysia.

Tidak ada satu panduan lengkap bagaimana cara menukar Bitcoin ke Ringgit Malaysia yang saya temui. Berpandukan kepada beberapa video berbahasa Inggeris, saya cuba terangkan bagaimana cara membuka akaun Remitano dengan mudah.

Langkah pertama unntuk membuka akaun Remitano ialah melalui laman web Remitano sendiri. Untuk lebih selamat sila klik link https://remitano.com/btc/my ini.

Selepas itu klik perkataan Login/Register di sudut kanan atas laman web Remitano.

Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Anda boleh membuka menggunakan emel, atau menggunakan akaun Google atau Facebook. Tetapi saya lebih suka menggunakan Gmail, kerana Remitano sentiasa akan menghantar emel pengesahan sewaktu anda login dan sebagainya.

Anda boleh menggunakan apa saja alamat emel yang sah.

Setelah anda mengisikan alamat emel, Remitano akan menghantar notis seperti di bawah, yang meminta anda membuat pengesahan dengan klik link yang diberi dalam tempoh 15 minit.

Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Anda akan sekali lagi menerima emel seperti di bawah yang meminta anda login ke akaun Remitano anda. Klik link yang diberi dan anda dikehendaki mencipta satu Nick Name atau Username. Setelah anda mencipta Under Name terus sahaja login.

Anda sebenarnya sudah pun mempunyai akaun Remitano yng boleh digunakan untuk membeli atau menjual cryptocurrency terpilih seperti Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Litecoin, Ripple dan Tether USDT (coin Tether ini sangat penting untuk anda fahami).

Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Selepas mendaftar, ada beberapa perkara yang sangat penting untuk anda lakukan.

Lihat di bahagian bucu kanan sebelah atas, terdapat Username yang anda cipta tadi, klik di situ dan akan terpapar Profile, Setting, dan sebagainya.

Klik pada Setting…

Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Dalam keadaan sedia ada, Authy Authentication adalah “Disable”, untuk menjadikannya “Enable” klik butang berwarna ungu itu. Anda akan dipaparkan dengan barcode untuk anda scah di handphone anda. Sebelum itu sila download Apps seperti di bawah. tetapi saya lebih suka menggunakan Google Authenticator.

Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

 

Kegunaan Apps ini ialah untuk memastikan akaun anda selamat dari dihack kerana setiap kali anda ingin login atau melakukan transaksi tertentu, anda akan diminta memasukkan code 6 digit angka yang dihantar ke Authy Authenticator anda.

cara elakkan akaun remitano dihack

Pastikan anda download Apps ini, fungsinya sama dengan TAC dalam CimbClicks atau Maybank2u.

Apabila anda klik Setting, anda akan dipaparkan Bar Code untuk anda scan seperti di bawah.

Dah Tahu Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Dah Tahu Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano?

Masih ada satu langkah yang amat penting sebelum anda boleh membuat transaksi di Remitano. Anda WAJIB sahkan akaun anda.

 

Tags :

No comment for Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Bagaimana Cara Membuka Akaun Remitano

Bitcoin Meningkat Lebih Dari $10,000 Dan Pelabur Berkata Rally Adalah Ini Berbeza

Harga Bitcoin Meningkat Lebih Dari $10,000 Dan Pelabur Berkata Rally Adalah Ini Berbeza

Posted at June 23, 2019

Harga Bitcoin meningkat lebih dari $ 10,000 untuk kali pertama dalam setahun, membentuk gelombang optimis baru mengenai nilai dan masa depan mata wang digital.... Read More