HOME
Home » Blogging » Bagaimana Cara Membuat Blog WordPress Langkah Demi Langkah

Bagaimana Cara Membuat Blog WordPress Langkah Demi Langkah

Posted at | Categorised in Blogging

Cara membuat blog WordPress langkah demi langkah. Anda ingin mejadi seorang blogger? Ada banyak platform blogging tetapi yang paling ampuh pada masa kini ialah Blogger dan WordPress. Namun dalam tutorial kali ini saya memilih WordPress.

Kenapa WordPress?

Cara membuat blog wordpress berbeza dangan cara buat blog blogspot, maksud saya lebih mudah membuat blog wordpress dari membuat blog blogspot.

Ini kerana WordPress mempunyai banyak kelebihan dari segi plugin yang dapat memudahkan kerja-kerja SEO yang amat penting.

Memulakan blog adalah suatu langkah yang memeningkan (itu dulu!). Jika anda tahu Cara Membina Blog WordPress dengan betul, sebenarnya anda hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk melancarkan blog WordPress anda.

Pertamanya, saya bukanlah seorang pakar yang nak mengajar anda cara membina blog WordPress, tetapi saya telah menggunakan WordPress dari tahun 2005 lagi, pada masa itu saya terpaksa menggunakan software FTP seperti FileZilla untuk menghantar file ke server di mana file kita disimpan.

Sekarang  tak perlu lagi!

Masih Belum Faham Bagaimana Cara Membuat Blog WordPress Langkah Demi Langkah?

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah mendapatkan nama blog atau domain. Ada yang suka menggunakan nama sendiri sebagai domain tetapi saya lebih suka menggunakan perkataan lain seperti blog Perniagaan Kecil ini.

Setelah menetapkan domian anda boleh terus membuat belian hosting.

Di mana nak beli domain dan hosting ni?

Saya suka TMDHosting kerana:

  • Sangat mudah
  • Domain Percuma!
  • SSL Percuma! (https)
  • High Speed
  • 99% Uptime
  • 1 Klik pemasangan WordPress + lebih 300 Apps
  • Support yang sangat pantas (live) – sebaik sahaja anda melayari laman web mereka, anda terus disapa oleh Sale Agent mereka seperti di bawah.

Bagaimana Cara Membina Blog WordPress

Jangan bimbang, anda boleh terus tanya apa juga soalan, mereka terus akan menjawab.

Tak tahu tanya Bahasa Inggeris?

Tanyalah dalam Bahasa Melayu! Tulis soalan anda di Google Translate dalam Bahasa Melayu, copy & paste ayat Bahasa Inggeris ke dialog box HTMHosting (selesai masalah!)

Setelah anda membeli hosting, anda akan terus dapat domain percuma.

cara membina blog wordpress

Ada tiga pilihan pakej, Starter, Business dan Enterprise

Saya suka pakej Business, jika anda masih baru pilih saja pakej Starter yang lebih murah. Pilih bayaran tahunan.

Klik pada butang Get Started, anda akan dibawa ke laman di bawah, untuk semak domain anda.

Bagaimana Cara Membina Blog WordPress

 

Selepas anda klik butang Proceed, anda akan dibawa ke Order Form, jika domain anda masih avilable.

cara membuna blog wordpress untuk buat duit dengan clickbank

Isikan segala butiran yang diperlukan terutana yang bertanda (*). Di bahagian bawah ada “Payment Confirmation”, isikan maklumat kad kredit anda atau anda boleh guna PayPal.

Jangan lupa pilih Lokasi Data Center, jika anda nak membina blog WordPress dalam Bahasa Melayu dan target market anda hanya di Malaysia, pilih data center di Singapura. Tetapi jika anda ingin membina blog wordpress bagi tujuan buat duit dengan Clickbank dan target market anda di US, pilih data center di Chicago, USA.

Pastikan emel anda emel yang valid kerana segal maklumat hosting dan domain anda akan dihantar ke emel semasa anda mengisi borang Contact Information.

Klik di sini untuk beli hosting dan dapat Domain Percuma!

Cara Memasang WordPress Melalui CPanel

Semak emel anda, di sana terdapat User ID dan Password untuk Login ke CPanel.

Login masuk ke CPanel dan mula install WordPress ke hosting anda.

Cara Memasang WordPress Melalui CPanel

cara membina blog wordpress

Setelah anda Login, anda akan di bawa ke Cpanel. Pada bahagian bawah sekali, anda klik lambang WordPress.cara install wordpress dari cpanel

Klik Install Now

cara install wordpress melalui cpanel

Pastikan anda delete huruf “wp”, biarkan ruangan ini kosong, jika tidak URL anda akan menjadi https://calitcalit.com/wp (tidak bermanafaat kepada SEO)

Isikan nama blog dan password di bahagian bawah, letakkan alamat emel di bahagian bawah sekali untuk menerima maklumat wp-admin.

Sekarang blog anda telah siap dan boleh digunakan! Untuk Login ke ruangan admin taip https://calitcalit.com/wp-admin (kebiasaan bagi platform WordPress).

Blog WordPress anda dah pun siap, pada asasnya dah boleh buat posting. Tapi…

Tunggu dulu…

Ada beberapa setting yang perlu dibuat untuk blog anda lebih mesra SEO!

Login ke blog anda, jika susah nak ingat, semak balik emel anda, di sana terdapat maklumat Login semasa anda install WordPress tadi.

Kenali Dashboard Blog Anda

Anda akan dibawa ke Dashboard seperti di bawah.

cara bina blog wordpress

Klik pada Posts, di sini anda delete posting Hello World. Caranya, tick kotak kecil sebelah kiri, pada bahagian Bulk Action, tick Move to Trash, kemudian pada Trash tick Delete Permanently.

Buat perkara yang sama pada Sample Page, delete permanently.

Satu lagi perkara penting yang harus anda lakukan ialah meminta Permalink.

Klik pada Setting > Permalink > Tick pada Post Name (/%postname%/), setting ini agak penting, kesannya anda boleh lihat pada URL post blog anda di Search Bar.

teknik membina blog wordpress

Jika anda menggunakan Permalink, Plain, Day and name, Month and name dan sebagainya, hasilnya akan ditunjukkan di Search bar, kesannya tidak mesra SEO. Walau bagaimanapun anda boleh cuba satu persatu untuk melihat dan memahami kesan penggunaan Permalink.

Bagaimana Cara Membina Blog WordPress Langkah Demi Langkah

Secara tak langsung di sini, anda belajar, Keyword mesti ada dalam tajuk posting yang disebut juga Header 1 (H1), ciptakan juga H2, H3 dan seterusnya yang mengandungi keyword anda.

Sekarang Anda Telah Faham Bagaimana Cara Membuat Blog WordPress Langkah Demi Langkah?

Saya pasti sekarang anda telah faham bagaimana cara membuat blog WordPress langkah demi langkah. Ada beberapa perkara penting lagi yang perlu anda lakukan untuk memantapkan lagi blog anda.

Note: Kebanyakan hosting di Malaysia mengenakan bayaran domain – RM50 setahun dan SSL – RM150 setahun

PS: Sekarang ada dah ada blog sendiri dah boleh mula mulakan perniagaan kecil macam kakak ni, Bagaimana dia Untung RM15,000 Dari Perniagaan Kecil Jual Tudung

Tags :

No comment for Bagaimana Cara Membuat Blog WordPress Langkah Demi Langkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to Bagaimana Cara Membuat Blog WordPress Langkah Demi Langkah