HOME
Home » Bisnes » 6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Posted at May 25th, 2018 | Categorised in Bisnes

Bulan Ramadan banyak membuka peluang perniagaan kecil yang boleh anda cuba terutamnya bagi mahasiswa yang tinggal berhampiran dengan kawasan kampus. Kebanyakan pelajar yang tinggal di sekitar kampus datang dari luar yang tentu saja sangat memerlukan kepada peniaga yang menjual makanan dan  minuman.

Jadi jika anda ingin merebut peluang membuka perniagaan kecil terutama di bulan Ramadan, pasaran telah berada di depan mata. Cuma anda perlu bijak memilih jenis makanan atau minuman apa yang menjadi rebutan terutamanya di bulan Ramadan. Tambahan memulakan perniagaan makanan tidak memerlukan modal yang besar.

Perniagaan Kecil ingin memberi idea untuk anda memulakan perniagaan untuk menambah pendapatan sampingan.

Jus Buah-Buahan Segar

6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Jus buah-buahan menjadi idaman setiap kali berbuka puasa. Selain dari khasiatnya, rasanya yang sedap jus buah-buahan menjadi pilihan utama. Untuk memulakan perniagaan kecil jus buah-buahan ini yang terbaiknya anda siapkan semua jus di rumah tidaklah kelam kabut nak blend buah-buahan itu di lokasi kerana ini akan merumitkan keadaan mana nak layan pelanggan dalam masa yang sama sibuk nak blend bauh-buahan.

Dengan menyiapkan bahan dan peralatan di rumah akan memudahkan anda.

Buatlah test market pada beberapa buah seperti mangga, epel, air kelapa dan beberapa buah lain pada hari-hari permulaan untuk memastikan jus buah mana yang mendapat permintaan yang tinggi.

Strategi di atas telah mengambil kira anda telah mempunyai alatan seperti blender di rumah.

Jika nak lebih mudah dan murah mungkin anda boleh cuba menjual air balang yang nisbah keuntungannya lebih tinggi.

Menjual Goreng Pisang

Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Bukan hanya goreng pisang, malah banyak lagi bahan-bahan goreng yang boleh anda jual seperti keledek, sukun dan banyak lagi. Walaupun nampaknya macam untung sen sen jer tetapi ramai yang berjaya maintain dengan perniagaan menjual bahan “goreng-goreng ini. Kenapa mereka boleh maintain?

Jawapannya tak lain tak bukan kerana mereka sentiasa dapat untung. Anda mungkin nampak menjual goreng pisang senya sebuah perniagan kecil yang tak akan ke mana. Tetapi jika anda mempunyai pemikiran yang jauh, dalam jangka panjang anda boleh usahakan membuka cawangan-cawangan dengan mengupah orang lain menjaga gerai gorengan anda.

Overnight oatmeal

Jangan terkejut kerana menu ini mungkin menjadi pilihan untuk bersahur bagi pelajar-pelajar universiti yang sukakan makanan ringkas, cepat dan berkhasiat. Selain dari itu, ianya juga kurang persaingan kerana tidak banyak orang menjual makanan pilihan ini. Ini mungkin menjadi peluang keemasan perniagaan kecil anda yang terbaik kerana keunikannya.

Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Gunakan strategi pemasaran made by order di facebook terlebih dahulu. Tempahan untuk bersahur anda boleh membuat delivery selepas solat terawih jika pelanggan ada peti sejuk atau bagi yang tak ada peti sejuk, penghantaran boleh dibuat sebelum waktu sahur.

Modal yang diperlukan sangat minimal, seperti oatmeal, buah-buahan kering, kacang-kacang dan susu atau yogurt. Jika anda lebih bijak, gunakan saja muesli iaitu campuran oat, bijirin dan buah kering instant yang ada dijual di pasaraya.

Anda boleh guna botol kaca yang cantik sebagai daya tarikan. Bestkan?

Fruity Delight

 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Ada ke orang nak Fruity Delight ni?

Belum cuba belum tahu, sekarang ni zaman orang berlumba-lumba, zaman orang terkejar sana terkejar sini. Ramai je yang tak sempat menyediakansarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

You see…?

Dengan kesegaran buah-buahan enak seperti dalam gambar, nak naknya dalam bulan puasa yang tengah panas mengambang ni, meletop-letop jualan produk makanan yang menyegarkan ni.

Tengok sajalah gambar di atas tu, terliur tak?

So kreatif la sikit, untuk bagi kelihatan lebih mengiurkan…!

Buah-buahan yang diadun atau dimasak dalam sirap

Hampir sama dengan Fruity Delight, tapi mungkin sedikit agak berbeza kerana perlukan proses memasak. Jangan bimbang, zaman sekarang produk-produk pasang siap berlambak di pasaraya, tinggal lagi pilih yang sesuai dan adun supaya kelihatan lazat!

Pelbagai Jenis Makanan Ringan

Pelbagai makanan ringan juga mendapat sambutan hebat di bulan Ramadan terutama bila dah nak masuk waktu berbuka. Ramai yang mencari-cari makanan ringan untuk santapan sementara menunggu waktu solat tarawih. Buat biar cantik, special dan buat dekorasi sehingga boleh dijadikan sebgai cenderahati

Untuk contoh yang terbaik, anda boleh jual coklat toples dari jenama yang ternama seperti Beryl’s Chocolate. Tak perlu susah-susah nak merayau di supermarket (kecuali korang suka merayau), beli saja dari Lazada, harganya jauh lebih murah.

Teknik pemasaran sempoi je.. gunakan facebook, war-warkan pre order tentunya tanpa risiko, sebab dah dapat order baru proses produk.

Model perniagaan kecil di atas hanya memerlukan modal yang sangat minima, yang penting semangat juang yang padu mahu berusaha tanpa menyerah kalah. Peluang perniagaan kecil produk makanan  dan minuman ini dapat membantu anda menjana keuntungan yang lumayan. Jom mulakan sekarang, hendak seribu daya tak nak seribu daleh.

Semoga berjaya!

Tags :

No comment for 6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post to 6 Peluang Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari

Bagaimana Buat duit dengan AdSense USD50 Setiap Hari?

Posted at October 7, 2018

Bagaimana membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense? Membuat USD50 setiap hari dengan Google AdSense adalah mudah. Di sini saya hanya meletakkan kira-kira dan... Read More

Buat Duit Dengan Blog

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Semestinya Tanpa Modal Besar

Posted at October 6, 2018

Bagaimana buat duit dengan blog? Ini satu soalan yang selalu bermain-main dalam kepala anda, betul tak? Jika tidak anda tidak akan sampai ke blog... Read More

Sikap Orang Yang Berjaya

Sikap Orang Yang Berjaya Yang Perlu Anda Tahu

Posted at July 2, 2018

Salam sejahtera, jam menunjukkan pukul 5 pagi terdetak di hati sejauh mana saya sebagai orang yang berjaya dan mempunyai sikap orang yang berjaya. Tak... Read More

Perniagaan Harta Tanah

17 Idea Perniagaan Kecil Yang Menguntungkan Di Malaysia

Posted at June 27, 2018

17 Idea perniagaan kecil yang menguntungkan di Malaysia Memulakan kerjaya anda sebagai seorang usahawan boleh menjadi sangat sukar dan kadang-kadang mencabar. Terdapat beberapa masalah... Read More

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil

Cara Menjalankan Perniagaan Kecil Mengikut Kata Pakar

Posted at June 13, 2018

Cara menjalankan perniagaan kecil nampak macam mudah, tapi jika kurang ilmu segala-galanya menjadi susah. Jadi untuk membantu anda yang baru nak mula menjalankan perniagaan... Read More